web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Bukan Kategori Negara Terkesan Impak Perubahan Iklim - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 11:08AM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpin Berkenaan Iklim di Amerika Syarikat (AS) pada 22 dan 23 April ini, kerana ia bukan tergolong dalam kategori negara yang terdedah kepada impak perubahan iklim yang ketara.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Malaysia juga tidak termasuk dalam objektif utama persidangan itu, iaitu menggalakkan negara ekonomi besar yang secara kolektif menyumbang kepada 80 peratus gas rumah hijau (GHG), untuk meningkatkan komitmen mencapai matlamat mengekalkan pemanasan global pada tahap kenaikan suhu maksimum 1.5°C.

Katanya, terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden, Switzerland dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut.

“Persidangan tersebut adalah bersifat ‘one-off’ dan tidak menjejaskan rundingan serta ketetapan di bawah Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC).

Hal ini perlu dilihat secara berasingan dengan isu pengimportan sisa plastik ke Malaysia baru-baru ini dari AS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa Malaysia tidak tersenarai dalam senarai 40 negara yang dijemput ke persidangan tersebut dan susulan itu timbul dakwaan kononnya Malaysia tidak dijemput kerana negara kini kerap dilihat sebagai tempat pembuangan sisa plastik.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjelaskan dasar semasa industri plastik kitar semula adalah dibenarkan mengikut ketetapan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang  bertanggungjawab terhadap hala tuju dan dasar industri itu.

Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengawal selia dengan pengeluaran permit import (AP) hanya untuk plastik bersih dan seragam, manakala Jabatan Alam Sekitar (JAS) berperanan sebagai penguat kuasa memastikan pematuhan kepada Konvensyen Basel.

“Tindakan tegas akan dikenakan terhadap pengimport yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan termasuklah menghantar balik kontena sisa plastik import tersebut ke negara asal menggunakan peruntukan perenggan 31(1)(g) Akta 127 (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974).

“Pada 2019, sebanyak 124 kontena telah dihantar balik ke negara pengeksport manakala 143 kontena bagi tempoh 2020 hingga Mac 2021. Pada masa ini, terdapat 81 kontena lagi dalam tindakan JAS untuk proses penghantaran balik,” katanya.

Bagi penguatkuasaan kilang haram kitar semula sisa plastik, sehingga kini, jumlah denda bagi kes mahkamah  bagi kesalahan itu yang telah selesai mencecah RM1.24 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Penggunaan Plastik Sekali Guna Ditamatkan Secara Berperingkat - Menteri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kementerian Siap Siaga Hadapi Kemungkinan Jerebu - Nik Nazmi

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peruntukan Untuk Pembangkang: 3 MP Wakili PN Adakan Rundingan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belajar Daripada BERNAS, Top Glove Digesa Kongsi Keuntungan Dengan Penoreh

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 12 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 8 jam yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM