web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan Untuk Pembangkang: 3 MP Wakili PN Adakan Rundingan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 11:54AM

Tuan Ibrahim Tuan Man - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Tiga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik untuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima Ahli Parlimen pembangkang.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiga Ahli Parlimen tersebut ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin.

"Kami telah ada tiga wakil daripada pembangkang untuk mengadakan rundingan yang dijangka diadakan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada asnaf, di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata PN turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak pernah menolak prinsip untuk memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, namun ia perlu dimulakan dengan proses rundingan.

"Kami menyambut baik kenyataan beliau dan kami nak tengok bukti. Kami harap dapat disegerakan dan saya jangka rundingan itu sekali sahaja dah boleh selesai," katanya.

"Berkenaan kandungan rundingan termasuk syarat, jumlah peruntukan yang bakal diterima saya tidak mempunyai perincian, kita tengoklah nanti," katanya.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata rundingan pembahagian kerusi untuk PN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berjalan lancar.

"Pengagihan kerusi dah berjalan di peringkat jawatankuasa rundingan namun belum dibawa ke jawatankuasa induk untuk disahkan, saya kira tidak ada banyak masalah dan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu mengulas mengenai ura-ura bekas Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa akan menyertai PAS, Tuan Ibrahim berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai berita tersebut tetapi mengalu-alukannya sekiranya benar.

"Saya tak ada maklumat berita tersebut, tetapi kalau ada, mungkin beliau berurusan terus dengan Setiausaha Agung PAS (Takiyuddin).

"Kami dengar ura-ura dia nak bersama PAS dan kami mengalu-alukan penyertaannya, bukan sahaja beliau tetapi sesiapa sahaja daripada UMNO yang kena gantung atau dipecat," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia