web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belajar Daripada BERNAS, Top Glove Digesa Kongsi Keuntungan Dengan Penoreh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 5:45PM

Sebelum ini, Top Glove dilaporkan menutup suku terakhir tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos tahun lalu dengan kerugian akibat peningkatan kos dan penyeragaman permintaan untuk sarung tangan getah - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN) menggesa syarikat lain untuk mengikut jejak langkah Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) berkongsi keuntungan syarikat itu dengan pesawah.

Tuan Ibrahim yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, menamakan Top Glove Corporation Bhd dengan menggesa syarikat itu untuk menyumbang kepada penoreh getah yang miskin.

“Alangkah baiknya jika syarikat lain, seperti Top Glove, yang mengaut keuntungan berjuta-juta (ringgit) dengan membekalkan sarung tangan getah secara global semasa pandemik COVID-19, turut menyumbang kepada (kesejahteraan) penoreh getah.

“Penoreh getah menghadapi pelbagai kesukaran, termasuk kos getah yang tidak stabil dan tidak mampan,” katanya semasa sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Top Glove Corporation Bhd untuk menyumbang kepada penoreh getah yang miskin - Gambar Fail
Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Top Glove Corporation Bhd untuk menyumbang kepada penoreh getah yang miskin - Gambar Fail

Beliau juga melabelkan keputusan kerajaan menaikkan harga siling getah sebanyak 20 sen daripada RM2.50 kepada RM2.70 sebagai "tidak membantu" dengan mendakwa penoreh getah di seluruh negara berdepan kesulitan.

Sebelum ini, Top Glove dilaporkan menutup suku terakhir tahun kewangannya yang berakhir pada 31 Ogos tahun lalu dengan kerugian akibat peningkatan kos dan penyeragaman permintaan untuk sarung tangan getah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) sewaktu pembentangan Rang Undang-Undang Bekalan pada Jumaat lalu mengumumkan, BERNAS bersetuju untuk berkongsi 30 peratus keuntungan bersihnya daripada import beras dengan pesawah.

Pada 5 Disember tahun lalu, Anwar menjanjikan bantuan RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara sebagai sebahagian daripada langkah awal untuk menghapuskan monopoli BERNAS terhadap industri beras sejak sekian lama.

Beliau juga memberi jaminan bahawa kerajaan tidak lagi membenarkan monopoli industri oleh tokoh tertentu yang memangsakan petani kecil. – The Vibes, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 tahun yang lalu

Sekolah Khas Golongan Miskin: Keperluan Atau Kehendak? 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sekolah Khas Bukti Kerajaan Serius Atasi Isu Kemiskinan - Pakar

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Sekolah Untuk Pelajar Miskin Dibuka Tahun Depan - Fadhlina

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tingkatkan Gaji Minimum Bagi Imbangi Pendapatan Dengan Kos Sara Hidup - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia