web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolak Budaya Merokok, Hentikan Tabiat Walau Tembakau Masih Dijual 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 3:25PM

Penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok 2022 mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok perlu disokong oleh semua Ahli Parlimen agar perbuatan itu ditolak sepenuhnya walaupun rokok masih dijual di Malaysia. 

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, tidak sewajarnya figura dihormati rakyat menolak Rang Undang-Undang (RUU) itu yang mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. 

Beliau bagaimanapun tidak menyangkal kebenaran bahawa pemimpin yang mengkritik akta tersebut mempunyai pertimbangan dalam politik, bagi menarik hati serta mendapat sokongan daripada perokok. 

"Majoriti rakyat Malaysia dan dunia khususnya golongan berpendapatan rendah masih mengekalkan tabiat merokok kerana ia merupakan aktiviti santai yang memberi keselesaan.

"Jadi, ia ada kaitan dengan sokongan politik apabila seorang pemimpin tidak terburu-buru menyokong atau menentang sesuatu yang barangkali merugikan kebiasaan pernah dilakukan perokok," katanya kepada Getaran, hari ini. 

 Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Jamaie berkata, penolakan akta tersebut oleh sebahagian Ahli Parlimen berkemungkinan kerana mereka mahu kerajaan meneliti sepenuhnya akta terbabit, dan mewujudkan situasi menang-menang antara perokok dan rakyat jelata. 

"Ada juga pemimpin tidak merokok mengkritik akta ini kerana mereka melihat manfaat, sokongan serta populariti walaupun dari sudut positifnya, ia akan memberi kebaikan kepada banyak pihak. 

"Adalah wajar untuk ia disokong, namun ada bahagian tertentu yang mahu dibaiki oleh Ahli Parlimen itu agar perokok dapat melakukan aktiviti mereka," katanya. 

Jamaie yang juga Pensyarah Kanan Program Sains Politik, UKM mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanisme khas agar aktiviti merokok masih boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. 

Beliau juga mengakui kerajaan telah melaksanakan usaha sebaiknya dalam membendung dan menurunkan kadar kegiatan merokok di Malaysia. 

"Misalnya, memperkenalkan zon larangan merokok di tempat awam dan premis makanan yang merupakan usaha hampir maksima kerajaan.

"Dengan pindaan akta itu, mungkin ada hukuman lebih berat menanti perokok atau individu terlibat dengan tembakau dan saya melihat ada usaha dari kerajaan mengeluarkan fatwa bahawa rokok itu haram," katanya. 

Dalam pada itu, Presiden Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi penguatkuasaan Akta Produk Tembakau dan Merokok 2022 mampu mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan generasi muda.

Menurut beliau, seharusnya pelaksanaan undang-undang itu diketengahkan lebih awal kepada generasi yang lahir pada 2000, berikutan rokok dan vape sudah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Atas kekangan dan faktor tertentu, kita masih belum berjaya melenyapkan rokok dan vape di negara ini, walaupun fatwa sudah dikeluarkan serta pelbagai kemudaratan dipaparkan di akhbar.

"Walaupun tabiat merokok telah lama bertapak di negara ini, permasalahan membabitkan pelajar yang merokok dan menghisap vape tidak seteruk sekarang. Jadi dengan GEG, mereka masih ada harapan dan potensi untuk dibentuk kembali dan diselamatkan,” katanya. 

Paling penting jelas Khairul Nizam, semua pihak menyokong pelaksanaan akta itu dengan positif.

“Lihatlah pada mata burung bukan terus duduk di bawah tempurung," katanya.

Jelasnya, kaedah diutarakan Khairy melalui Kementerian Kesihatan (KKM) itu dilihat akan menjadi satu didikan seperti perumpamaan Melayu, 'pukul anak sindir menantu'.

"Maka, generasi GEG akan memberi dan meningkatkan lagi kesedaran bahaya rokok dan vape pada keseluruhan hidup kita. Generasi ini akan menjadi penegur golongan dewasa yang merokok," katanya.

Namun, Khairul Nizam tidak menolak kemungkinan peluang pekerjaan berkurangan berikutan generasi GEG tidak dibenarkan untuk bekerja di premis yang menyediakan Perkhidmatan Jualan Rokok dan Vape.

"Jika dahulu kita menghadapi masalah sama berkaitan penjualan arak sehingga wujud ruang khas dan juruwang khas untuk jualan arak, mungkin rokok serta vape ini juga akan berpindah di sebelah bahagian minuman beralkohol.

"Ini kerana rokok dan vape hanya dibeli oleh kumpulan khusus iaitu kerana bilangannya yang semakin mengecil ke arah kepupusan dengan pelaksanaan akta itu," katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022.















 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini