web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Belum Pun Setahun, Roti Gardenia Naik Harga Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 3:36PM

Gardenia memaklumkan kenaikan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan telah menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September ini.

Perkara itu diumumkan menerusi surat perubahan harga produk roti Gardenia dihantar kepada peruncit, yang ketika ini sedang tular di media sosial. 

Kenaikan harga itu turut dikongsikan seorang pengguna Twitter, dikenali sebagai @KlutzyKucing yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. 

"Ingatkan 1 September 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45 jam seminggu rupanya 1 September harga roti Gardenia naik," katanya. 

Menerusi surat tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Gardenia Bekeries (KL), Koh Chin Huat berkata, kenaikan itu berlaku berikutan pengemaskinian harga terhadap 53 jenis produk keluaran syarikat terbabit.

Menurut beliau, pihaknya sedaya upaya tidak mahu menaikkan harga produk Gardenia, namun peningkatan bahan mentah tidak mengizinkan syarikat itu berbuat demikian.

"Kami telah sedaya upaya mengekalkan harga jualan sebelum ini, tetapi disebabkan harga bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran yang meningkat secara berterusan, menyebabkan perubahan harga perlu dilaksanakan.

"Kami akan sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk di tahap yang optimum untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna kami," katanya menerusi surat tersebut. 

Perubahan itu antaranya membabitkan harga roti Gardenia Original Classic yang naik 20 sen kepada RM3, manakala harga Gardenia Original Classic Jumbo adalah RM4.30 selepas mengalami kenaikan 30 sen.

Roti bijirin gandum penuh Gardenia pula akan dijual pada harga RM4 sementara roti Bran & WheatGerm berharga RM3.50.

Roti krim QuickBites naik 10 sen menjadi RM1.10 dan roti sambal bilis meningkat 20 sen menjadi RM1.50.

Perubahan itu bermakna kenaikan harga roti jenama Gardenia berlaku dalam tempoh kurang setahun, selepas mengumumkan semakan harga 1 Disember tahun lalu.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Gardenia dan menyifatkan, tidak seharusnya syarikat tersebut menaikkan harga di saat pelbagai pihak sedang berada di fasa pemulihan akibat daripada kesan pandemik COVID-19. 

"Pening den oii... tiap hujung bulan ada sahaja barang naik. (Mungkin) bukan depan harga belacan pula naik," kata @Reizki, sinis.

"Berita gembira buat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang sangat membantu rakyat dengan menjangkakan harga akan naik," ciap pula @The Cool Guys di Twitter. 

"Depa dah naikkan masa Disember 2021. Sekarang ini naikkan lagi... hmm, okay," luah Soy Halima. - Getaran, 28 Ogos 2022.











 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'