web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Pakistan : Kerajaan Diminta Segera Salur Bantuan, Masjid Digesa Laksana Solat Hajat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 8:39PM

Tentera Pakistan mengagihkan makanan kepada penduduk yang terjejas dengan banjir di daerah Rajanpur. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia digesa menyalurkan bantuan segera kepada Pakistan susulan banjir yang meragut jutaan nyawa.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Pakistan ketika ini berdepan situasi kritikal dan amat memerlukan bantuan kemanusiaan pada kadar segera.

Berdasarkan laporan, menurut beliau, bencana tersebut menjejaskan 116 dan memusnahkan dua juta ekar tanaman serta mengorbankan lebih 700,000 ternakan.

"218,000 rumah musnah, dan 452,000 rosak. Kami menyeru rakyat serta kerajaan Malaysia untuk memberikan bantuan segera kepada Pakistan.

"Kami menyeru juga semua masjid di Malaysia mengadakan solat hajat khas untuk Pakistan bagi menunjukkan ukhuwah Islamiah dan solidariti dengan rakyat negara itu," katanya hari ini. 

Mohd Azmi berkata, pihaknya bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat kebangsaan dan serantau akan menggerakkan usaha, demi membolehkan penghantaran sumbangan untuk Pakistan dibuat secepat mungkin.

Pada masa sama, menurut beliau, pihaknya juga turut bekerjasama rapat bersama Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan bantuan kemanusiaan.

"Pasukan kami mungkin dikerahkan ke Pakistan untuk membantu dalam apa jua cara, bagi menyampaikan bantuan yang diperlukan.

"Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa banjir besar Pakistan baru-baru ini, yang membunuh 1,000 orang dan mencederakan lebih 1,300 yang lain," katanya. 

Terdahulu, kerajaan Pakistan mengisytiharkan darurat selepas jutaan penduduk terjejas manakala ratusan lagi maut akibat banjir.

Penduduk membina khemah sementara selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir di Sukkur. - Gambar AFP
Penduduk membina khemah sementara selepas rumah mereka musnah dalam kejadian banjir di Sukkur. - Gambar AFP

Bencana tragis itu menyebabkan orang ramai terpaksa mencari tempat perlindungan sementara dengan berlindung di khemah usang di sekitar bandar Sukkur.

Penduduk juga hanya mampu duduk di atas katil disebabkan semua barangan dalam rumah dihanyutkan air banjir.

Laluan jalan bertar pula ditenggelamkan air sekali gus mengehadkan pergerakan mangsa untuk mencari kawasan selamat.

Sisa-sisa plastik juga dimuntahkan dari lubang paip kumbahan dan terdapat takungan air yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit lain.

Hujan lebat yang turun sepanjang minggu ini turut mengehadkan masa penduduk untuk pulang ke rumah.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif berkata, seramai 33 juta penduduk terjejas akibat banjir yang melanda.

Oleh itu, beliau merayu lebih banyak bantuan antarabangsa dihulurkan bagi membantu negaranya berdepan musibah terbabit.  - Getaran, 28 Ogos 2022. 






 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad