web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Dibuka Ke Atas Hadi Awang - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 9:21PM

Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, susulan kenyataan dibuat beliau bahawa komuniti bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat Polis, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, Ahli Parlimen Marang itu disiasat susulan artikel terbitan Malay Mail bertajuk “PAS' Hadi Claims Non-Muslims, Non-Bumiputera Make Up The Bulk of Roots of Corruptions.

Menurut beliau, polis setakat ini telah menerima 28 laporan polis atas kenyataan dibuat Hadi itu.

“Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Ia dibuat di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum,” katanya hari ini.

Skandaguru berkata, siasatan juga dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkakaian.

“Tan Sri Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan dibuat.

“Siasatan masih dijalankan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan.

“PDRM juga menyeru orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi