web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


216 Pegawai Lantikan Kontrak Ditawar Peluang Pekerjaan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Aug 2022 6:06PM

Seramai 1,232 pegawai telah ditawarkan Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan manakala 54 pegawai lagi ditawarkan Sarjana Pergigian - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 1,347 pegawai dipilih mengikuti Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan Program Parallel Pathway bagi Sesi Akademik 2022/2023.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 216 ditawarkan peluang mengikuti progam tersebut menerusi Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan Biasiswa Kementerian Kesihatan (KKM). 

“Tawaran ini adalah yang pertama kali diberikan kepada pegawai lantikan kontrak sejak skim lantikan kontrak diwujudkan pada tahun 2016.

“Tawaran program pengajian kepakaran dengan tajaan menerusi PLK ini juga adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri, untuk mewujudkan laluan kerjaya yang setara antara pegawai lantikan tetap dan pegawai lantikan kontrak,” katanya hari ini.

Menurut Khairy, seramai 1,232 pegawai telah ditawarkan Program Pengajian Kepakaran Sarjana Perubatan manakala 54 pegawai lagi ditawarkan Sarjana Pergigian.

“Seramai 61 pegawai lagi ditawarkan Program Parallel Pathway,” ujarnya.

Susulan pengumuman, pegawai boleh menyemak menerusi laman sesawang sistem eHLP di alamat http://ehlp.moh.gov.my berhubung status permohonan tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP).

Ia mencakupi Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan PLK dengan Biasiswa Kementerian Kesihatan bagi pegawai yang berjaya mengikuti Program Pengajian Kepakaran.

Permohonan untuk mengikuti program tersebut bagi Sesi Akademik 2023/2024 akan dibuka pada Oktober 2022. - Getaran, 30 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi