web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Minta Kerajaan Negeri Kedah Ambil Tindakan Kolam Ladang Musang King di Gunung Inas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 5:08PM

Kewujudan tiga kolam besar bagi kegunaan ladang Musang King di Gunung Inas, dikhuatiri mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Kerajaan negeri diminta memberi perhatian serius terhadap kewujudan tiga kolam besar bagi kegunaan ladang Musang King di Gunung Inas, yang dikhuatiri akan mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau memahami kerisauan penduduk setempat sekiranya kolam itu pecah, yang dikhuatiri membawa bencana lebih buruk berbanding pernah dialami dalam kejadian aliran puing serta banjir lumpur 4 Julai lalu. 

Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor untuk mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. 

"Kolam ini melibatkan kerajaan negeri, jadi kita mintalah perhatian daripada kerajaan negeri. Dalam kejadian sebelum ini kolam itu tak pecah sebaliknya yang pecah cuma tandak, jadi saya akan minta kerajaan negeri ambil tindakan sewajarnya

"Saya akan minta kerajaan negeri untuk ambil tindakan sewajarnya. Macam mana mereka nak buat, itu terserah kepada kerajaan negeri tetapi isu kolam ini perlu diselesaikan. 

"Kalau rumah disiapkan dan isu itu tak diselesaikan, kita mungkin akan berdepan masalah lebih besar jika kolam itu pecah nanti. Penduduk mungkin akan hadapi banjir lebih teruk daripada yang pernah dihadapi dan demi keselamatan mereka, saya akan bincang dengan Menteri Besar nanti supaya tindakan segera diambil," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Doa Selamat Sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan dan Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian dekat sini, hari ini. 

Sementara itu, Ismail Sabri dalam sidang akhbar sama turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM3 juta bagi memindahkan 17 isi rumah ke kawasan selamat selepas kediaman mereka ketika ini yang terletak di tepi Sungai Kupang, diklasifikasikan sebagai berisiko. 

Selain itu, peruntukan sebanyak RM10 juta turut diumumkan untuk membina jambatan konkrit baharu di Kampung Iboi, yang menjadi laluan utama untuk penduduk merentasi Sungai Kupang.  

"Mungkin ada yang persoalkan mengapa jambatan itu memerlukan kos besar sedangkan jaraknya pendek. Sebenarnya jambatan itu perlu dibina lebih tinggi agar tidak lagi terputus sekiranya berlaku banjir.

"Selain itu, hari ini saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM4.8 juta bagi menggantikan 17 titi untuk kegunaan jangka masa panjang di kawasan terjejas," katanya.

Dalam pada itu Perdana Menteri memaklumkan, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika ini masih mengkaji sama ada perlu dibina empangan sabo di Gunung Inas seperti yang pernah diumumkan sebelum ini. 

Menurutnya, ketika ini keutamaan untuk membina empangan tersebut diletakkan di kawasan-kawasan yang sering mengalami banjir. 

"Dari segi perancangan awal, memang ada (membina empangan sabo). Tetapi saya akan periksa semula kerana dari sudut keutamaan, kementerian dikatakan nak utamakan kawasan yang sering berlaku banjir hampir setiap masa. 

"Kerajaan sebelum ini sudah pun meluluskan tebatan banjir di seluruh Baling dan itu dijangka mampu selesaikan isu banjir di seluruh daerah ini. Saya tak pasti sama ada kewujudan tebatan itu akan menyebabkan empangan tersebut tidak diperlukan lagi dan saya akan periksa semula perkara itu," katanya.

Pada 28 Julai lalu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, sebanyak dua empangan sabo akan dibina Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di kaki Gunung Inas dengan kos sebanyak RM40 juta bagi memperlahankan aliran air dan menyekat kayu serta batu daripada menghilir apabila berlaku aliran deras ke kawasan penduduk. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

2

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

3

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi