web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dulu Lantang Kritik Dividen Petronas Diterima PH, Kini Asyraf Wajdi ‘Membisu’?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 8:00PM

Adam Adli - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PKR, Adam Adli menggesa kerajaan supaya telus dalam membelanjakan dividen daripada Petronas.

Gesaan tersebut dibuat susulan Petronas, pada Selasa lalu mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion untuk disalurkan kepada kerajaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan bayaran dividen sebanyak RM50 bilion bagi tahun 2022.

“Dividen tersebut bukan bagi menampung kepentingan pihak tertentu, menampal kerugian akibat keculasan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), apatah lagi bagi tujuan berkait kepentingan dalam pilihan raya akan datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan mengkritik kerajaan kerana menerima dividen khas sebanyak RM25 bilion daripada Petronas.

“Ia adalah wajar bagi kita menuntut jawapan dan respon dalam isu ini, terutama daripada pemimpin yang pernah lantang mengkritik sebelum ini, termasuk Asyraf Wajdi.

“(Asyraf Wajdi) Dia masih belum bersuara apabila kerajaan yang Perdana Menteri dan Menteri Kewangannya adalah pemimpin kanan dalam parti serta gabungan pemerintah,” ujarnya.

Menurut Adam, sebelum ini, Asyraf Wajdi adalah pemimpin paling lantang melontarkan kritikan dan persoalan berhubung dividen tambahan RM30 bilion diterima kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2019.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bagaimana dividen khas daripada Petronas terbabit digunakan kerajaan PH bagi menampung tunggakan bayaran balik cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Dividen khas dibayar oleh Petronas pada tahun 2019 dahulu adalah bagi menampung tunggakan bayaran balik GST.

“Kerajaan BN, dengan secara salah, tidak memindahkan kutipan cukai GST ke dalam Tabung Bayaran Balik GST seperti diperuntukkan undang-undang di bawah Seksyen 54 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 ketika itu,” tambahnya. – Getaran, 2 September 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 bulan yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang