web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa Kerajaan Laksana ‘Percubaan’ Longgar Pemakaian Pelitup Muka…

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2022 9:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua tahun pemakaian pelitup muka ditetapkan sebagai prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat sampai bila ia perlu terus dipratikkan.

Adakah sudah tiba masa pelitup muka tidak lagi diwajibkan di mana-mana kawasan atau ruang, terutama dalam situasi kes virus itu yang dilapor semakin berkurangan?

Ia ditambah keputusan kerajaan mengisytiharkan negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik bermula 1 April lalu.

Justeru, pakar kesihatan awam ketika dihubungi Getaran berpendapat, kerajaan boleh melaksanakan tempoh ‘percubaan’ sebelum memansuhkan sepenuhnya SOP berkenaan.

Menurut Profesor Madya Dr Malina Osman, pemakaian pelitup muka sememangnya langkah terbaik untuk memastikan seseorang tidak dijangkiti COVID-19.

Profesor Madya Dr Malina Osman
Profesor Madya Dr Malina Osman

Namun, katanya, selepas pelbagai kelonggaran diberikan, termasuk pembukaan sempadan dan interaksi sosial, indikator pengurusan pandemik COVID-19 negara kekal terkawal.

“Tidak ada tanda-tanda berlakunya kluster membimbangkan atau kemungkinan lonjakan kes yang mungkin menjejaskan sistem perkhidmatan kesihatan.

“Jadi saya rasa sudah boleh buat ‘percubaan’ untuk melonggarkan syarat pemakaian pelitup muka.

“Tapi perlu ada pengecualian untuk tempat tertentu, seperti di fasiliti kesihatan dan kawasan sesak bagi mengurangkan risiko berlakunya penularan. Begitu juga, harus diperketatkan untuk golongan tertentu, seperti warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

Dr Malina berkata, liputan vaksin COVID-19 membabitkan dos primer yang sudah mencapai kadar disasarkan juga sesuai untuk melonggarkan SOP.

Katanya, apabila kelonggaran SOP diberikan, walaupun mungkin terdapat individu tetap dijangkiti, namun majoritinya akan kekal dalam skop jangkitan ringan.

Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar memberikan pandangan senada bahawa negara sudah boleh melaksanakan tempoh ‘percubaan’ bagi pemansuhan pemakaian pelitup muka.

Jelasnya, walaupun terdapat pergerakan bebas ‘keluar masuk’ pengembara antarabangsa, termasuk jemaah umrah dan haji yang mengerjakan ibadah itu baru-baru ini, kes kluster COVID-19 membabitkan kumpulan terbabit tidak dilaporkan.

“Begitu juga mereka yang ke luar negara untuk tujuan lawatan sosial dan sebagainya. Sepanjang tempoh lima bulan ini, meskipun SOP kuarantin tidak ditetapkan seperti sebelumnya, kita dapati tiada berlaku sebarang kes baharu yang tinggi atau kluster dari luar negara,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr Zainal Ariffin mengakui sememangnya ada golongan yang akan berdepan risiko lebih tinggi jika Kementerian Kesihatan (KKM) membenarkan pemansuhan pemakaian pelitup muka.

Dr Zainal Ariffin
Dr Zainal Ariffin

“Jadi, sekiranya KKM membenarkan orang ramai tidak memakai pelitup muka, keputusan ini perlu mengecualikan mereka yang berisiko dan tidak boleh divaksin atau cenderung mendapat komplikasi serius,” tambahnya.

Sementara itu, pakar kesihatan awam dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, mungkin Malaysia masih memerlukan tempoh tertentu bagi ‘membebaskan’ rakyat daripada pemakaian pelitup muka.

“Pemakaian pelitup muka, khususnya di ruangan tertutup masih menjadi kaedah perlindungan terbaik untuk membendung penularan COVID-19 yang menunjukkan jumlah kes signifikan walaupun sudah mendatar.

“Tidak dinafikan juga status kes yang mendatar dan semakin stabil di Malaysia, disebabkan kebanyakan dari kita masih memakai pelitup muka, walaupun terdapat kebarangkalian ada kes tidak dilaporkan,” katanya.

Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Dr Halimatus Sakdiah berkata, sekiranya KKM memutuskan menarik semula SOP pemakainan pelitup muka sejajar peralihan fasa negara, ia harus dibuat selepas penelitian teliti.

“Saya fikir sekarang ini pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan baru rakyat Malaysia, bukan paksaan.

“Kalau sudah sampai masanya tidak perlu pakai (pelitup muka), rakyat boleh pakai kalau mahu rasa lebih selamat,” katanya. - Getaran, 3 September 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi