web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akibat Gumpalan Tar, Penunggang Basikal Maut Terperosok Bawah Bas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Sep 2022 11:41AM

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 36 tahun itu melanggar gumpalan tar di kiri jalan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Kegembiraan sekumpulan penunggang basikal berkonvoi bertukar duka, apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Kilometer 20 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, dekat Ijok, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, polis menerima laporan orang awam berhubung nahas itu pada jam 9.43 pagi, melibatkan basikal ditunggang mangsa dan bas yang dipandu lelaki berusia 51 tahun.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 36 tahun itu melanggar gumpalan tar di kiri jalan tersebut.

“Ia menyebabkan basikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh di bahagian kanan laluan berkenaan.

"Pada waktu sama, sebuah bas cuba mengelak dengan menekan brek namun gagal dan melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Ramli berkata, mangsa  dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada jam 11.12 pagi, semalam. 

“Pemandu bas berkenaan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 

Sementara itu, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 8.38 pagi.

“Pemeriksaan mendapati penunggang basikal itu terperosok di bawah bas dan mengalami kecederaan parah. 

"Anggota bomba kemudian membantu mengeluarkan mangsa untuk diserahkan kepada pasukan perubatan bagi tindakan lanjut,” katanya. - Getaran, 4 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini