web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PAS Kongsi Data, Arah Perwakilan Serang DAP, PH

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2022 1:27PM

Suasana sekitar Muktamar Tahunan Parti Islam SeMalaysia Ke-68 yang diadakan di Kompleks PAS Kedah hari ini. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah hari ini digunakan sepenuhnya oleh Ketua Penerangan parti itu, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin untuk menyeru kalangan perwakilan supaya membawa mood offensive bagi menyerang DAP serta Pakatan Harapan (PH).

Malah menurut Ahli Dewan Negara itu, pihaknya akan berkongsi semua data mengenai kejahatan DAP, black economy dan sebagainya untuk diambil kalangan perwakilan bagi digunakan dalam apa jua keadaan.

Langkah itu katanya bagi memastikan rakyat tahu ‘kejahatan’ PH serta sekutunya.

“Apa yang dipesan presiden kepada unit penerangan adalah kita tak boleh lagi berada dalam mood bertahan.

“Saya seru kepada semua perwakilan di sini untuk kita bawa mood offensive dengan menyerang DAP dan PH.

“Isu paling besar yang ada pada PAS adalah integriti tetapi malangnya tak ramai perwakilan sentuh isu itu dalam ucapan kali ini. Kita ambil pengajaran dari situ dan selepas ini kami akan bagi semua data tentang kejahatan DAP, black economy dan sebagainya.

“Ambil data itu dan gunalah dalam apa jua keadaan. Pastikan rakyat tahu kejahatan PH dan sekutunya,” katanya.

Terdahulu Khairil Nizam berkata, jika sayap Pemuda parti itu mahu menunjukkan kejantanan bagi mempertahankan parti, ini adalah waktu yang tepat.

“Bab salah atau tak salah, kami back up. Kalau silap, itulah Pemuda.

“Begitu juga Muslimat PAS. Kalau nak jawab (kritikan terhadap parti), silakan kerana kalau silap kita tegur dan kalau tak silap, jalan...” katanya. 

Tambahnya, pihaknya juga tidak keberatan untuk mengeluarkan kenyataan jika terdapat keperluan untuk melakukan back up. - Getaran 4 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PAS Tak Amal Politik Wang, ‘Pihak Lain Lebih Terkenal Lakukannya’ - Khairil

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kit Siang Tak Senang Lihat Peningkatan Sokongan Terhadap PAS’ - Khairil Nizam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 1 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global