web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendedahan Puteri Balqis, Polis Siasat Kebenaran Dakwaan, Masih Belum Terima Laporan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2022 3:35PM

Puteri Balqis - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis masih belum menerima sebarang laporan daripada seorang pelakon remaja perempuan, yang didakwa menjadi mangsa amang seksual bapa kandungnya, seperti didedahkan menerusi sebuah program di YouTube.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menyiasat pendedahan pelakon tersebut untuk melihat jika wujud unsur jenayah seperti didakwa.

Azmi Abu Kassim - Gambar oleh Syeda Imran
Azmi Abu Kassim - Gambar oleh Syeda Imran

“Saya sendiri belum tengok video temu bual berkenaan dan hanya tahu mengenai perkara itu apabila disoal oleh pemberita.

“Namun, kita akan semak video itu jika ada sebarang elemen jenayah. Jika ada, kita akan siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa bapa kandung Puteri Balqis Azizi membuat laporan polis, kerana mendakwa namanya diaibkan oleh Balqis dan ibunya, sehingga perkara itu tular di media sosial.

Laporan tersebut dibuat di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.

Balqis yang kini berusia 15 tahun membuat pendedahan mengejutkan itu menerusi sebuah program di YouTube, ketika berkongsi kisah hidupnya.

Susulan pendedahan tersebut, dia menerima kecaman hebat netizen kerana didakwa membuka aib bapa sendiri.

Kecaman tersebut mendorong ibunya, Norashikin Mohd Aziz tampil membela anaknya menerusi hantaran di Instagram, dan bertindak mengesahkan semua kejadian buruk dialami anaknya.

Wanita itu juga mendakwa, dia dan Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish hidup dalam penderitaan sepanjang bersama lelaki terbabit. – Getaran, 6 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi