web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Cubaan Samun Kedai Emas, 3 Suspek Dicekup

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Sep 2022 8:20PM

Azmi (tengah) bersama peluru dan senjata api yang dirampas susulan penahanan 3 suspek secara berasingan di ibu kota. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menumpaskan cubaan menyamun sebuah kedai emas, susulan penahanan tiga suspek secara berasingan di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kesemua suspek tersebut diberkas pada Ahad dan awal pagi tadi.

Menurut beliau, empat anggota polis dari Balai Polis Kepong yang membuat rondaan menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Bandar Manjalara di sini pada jam 8.54 malam, 4 September lalu.

“Siasatan dijalankan membawa kepada penemuan sepucuk pistol semi automatik berisi empat butir peluru dan sepucuk revolver mengandungi enam butir peluru dalam kereta Proton Wira yang dipandu suspek.

“Polis turut merampas lapan butir peluru lagi dari poket seorang daripada suspek, manakala 10 butir peluru lagi dijumpai dalam genggaman tangan rakannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Azmi Abu Kassim
Azmi Abu Kassim

Azmi memberitahu, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek berusia 42 dan 43 tahun itu sedang merancang untuk merompak sebuah kedai emas di kawasan berhampiran.

Katanya, soal siasat yang dijalankan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 47 tahun di Jalan Klang Lama, pada jam 1.15 pagi tadi, dipercayai dalang utama rompakan.

“Pemeriksaan ke atas rumah suspek pula menghasilkan rampasan wang tunai berjumlah RM129,300 dan 39 paket barang kemas dianggarkan bernilai RM175,000.

“Semakan rekod lampau mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah.

“Kesemua mereka direman tujuh hari direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960," katanya. - Getaran, 6 September 2022. 


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'