web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Diburu Ceroboh Tandas Wanita, Intai Guru

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 12:18PM

Tangkap layar video media sosial yang menunjukkan suspek mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum masuk ke tandas wanita.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang didakwa menceroboh tandas wanita dan mengintai dalam kejadian di Kompleks Sukan Negara, Seksyen 21 di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita yang dipercayai mangsa individu terbabit.

“Mangsa, seorang guru berusia 32 hadir ke lokasi kejadian bersama anak muridnya untuk menghadiri latihan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

“Semasa mangsa berada dalam tandas wanita, dia mendapati seorang lelaki mengintai dari bilik tandas sebelah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan suspek melarikan diri sejurus mendengar jeritannya.

Katanya, suspek disyaki seorang lelaki tempatan dan mangsa hanya sempat melihat paras kepala hingga mata individu tersebut.

“Kita sudah melihat kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu dan klip video berdurasi dua minit 11 saat yang memaparkan tindakan suspek mundar-mandir di lokasi kejadian sebelum masuk ke tandas wanita dimuat naik seorang pengguna media sosial, turut tular.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memburu suspek dan polis masih dalam proses mendapatkan semua rakaman CCTV di lokasi sekitar,” ujarnya.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini, boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Hadi di talian 016-2745515,” tambahnya. - Getaran, 7 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad