web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saksi Kemalangan Maut Di Jalan Sungai Buloh-Subang Diminta Tampil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2022 2:42PM

Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori di lorong kiri, sebelum dia terjatuh. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis meminta saksi kes kemalangan maut di jalan Sungai Buloh-Subang pada kira-kira jam 9.20 pagi semalam, supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian itu, seorang lelaki warga asing berumur 35 tahun meninggal dunia di lokasi.

“Bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya di daerah ini melibatkan sebuah motosikal dan lori. 

“(Semasa) Tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah lori di lorong kiri, sebelum dia terjatuh,” katanya.

Beliau berkata, keterangan saksi kejadian amat diperlukan bagi membantu siasatan berhubung kemalangan itu.

“Kami meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke IPD Petaling Jaya atau menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal di talian 011-323 11232 untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Fakhrudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebab kematian mangsa. - Getaran, 7 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini