web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Maut Motosikal Langgar Pokok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:42PM

Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya parah apabila motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok. - Gambar ihsan Facebook IPD Hulu Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Seorang penunggang motosikal maut, manakala pemboncengnya parah apabila motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 11 Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, berhadapan sebuah gudang pasar raya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, mangsa yang juga remaja 19 tahun bersama teman wanitanya berusia 18 tahun dalam perjalanan dari sebuah pangsapuri di Bukit Beruntung menghala ke Sungai Choh.

“Sebaik tiba di lokasi, penunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, sementara penunggangnya parah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, pembonceng motosikal itu dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan terbabit diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global