web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktif Samun Warga Asing, Geng Yoges Tumpas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 8:47PM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LANGAT – Polis menumpaskan geng samun bersenjata dikenali Geng Yoges, susulan penahanan dua individu dalam serbuan berasingan di sekitar Banting pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kegiatan jenayah samun kumpulan penjenayah dianggotai dua suspek itu, aktif di sekitar daerah berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Tegasnya, tangkapan itu dijalankan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki warga asing mendakwa beg silangnya yang mengandungi pelbagai barangan, disamun pada 27 Ogos lalu.

“Suspek pertama diberkas pada 29 Ogos kira-kira jam 12 tengah malam terhadap seorang lelaki tempatan di sekitar Banting.

“Hasil soal siasat suspek pertama tersebut, membawa kepada penangkapan suspek kedua kira-kira jam 5.15 petang di sekitar Banting pada 30 Ogos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek berusia 31 dan 46 tahun itu, menemui barangan serta wang tunai disyaki hasil samun.

“Enam unit telefom bimbit pelbagai jenama, wang tunai RM640, sebilah parang, sebilah pisau, topi keledar, motosikal dan anak kunci adalah barangan dirampas,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah serta kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan

Katanya, dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, empat kes samun di kawasan Kuala Langat berjaya diselesaikan. – Getaran, 8 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi