web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Ketua Polis Daerah Dera Amah Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 11:59AM

Arjunaidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan seorang ketua polis daerah terlibat dalam kes penderaan pembantu rumahnya yang juga warga Indonesia di Batu Caves, Selangor adalah fitnah semata-mata. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah mengesan laporan berita mendakwa suspek dalam kes terbabit adalah seorang ketua polis daerah.

"Dakwaan tersebut adalah tidak benar dan satu fitnah yang cuba menjatuhkan imej PDRM.

"Justeru, orang ramai dan pengamal media dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan fakta tidak tepat berkaitan kes ini," katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan. 

"Tindakan itu akan diambil kepada pihak yang didapati cuba memanipulasikan kebenaran sesuatu berita," katanya. 

Terdahulu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 31 Ogos lalu menerima laporan daripada seorang wanita warga Indonesia berumur 46 tahun yang mendakwa didera oleh majikannya di sebuah rumah di Batu Caves, Selangor.

Polis kemudian menahan dua warga tempatan berumur 35 dan 38 tahun iaitu pasangan suami isteri yang juga suspek dalam kes itu.

Semalam, kedua-duanya dituduh di bawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 manakala suspek wanita dalam kes ini dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 13 Atipsom 2007, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Klang dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan ditawarkan iaitu RM10,000 setiap seorang.

Suspek berusia 35 tahun juga dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan mengaku tidak bersalah serta membayar wang jaminan RM8,000.

Mahkamah menetapkan sebutan kes bagi kedua-dua pertuduhan itu pada 5 Oktober depan di Mahkamah Sesyen Klang. - Getaran, 9 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 17 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini