web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Rancangan Laluan Melaka-Dumai Satu Lagi Projek ‘Gajah Putih’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 8:22PM

Cadangan laluan yang bakal menghubungkan Malaysia dan Indonesia. - Gambar dari SkyscraperCity

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menggesa kerajaan negeri berkenaan supaya berhenti membuat pengumuman tidak konsisten dan tidak lengkap mengenai rancangan menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Melaka dengan Dumai.

Beliau berkata, ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai dan pelabur, selain mencemarkan kredibiliti kerajaan Melaka.

“Terdahulu pada bulan Mac lalu, kerajaan negeri mengumumkan rancangannya untuk membina rangkaian landasan bawah laut sepanjang 47 kilometer (km).

“Semalam, Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Ab Rauf Yusoh mengumumkan, laluan dirancang dibina itu adalah dalam bentuk terowong atau jambatan sepanjang 120 km sebagai gantinya.

“Rauf mendakwa kedua-dua negara bersetuju dengan projek itu pada dasarnya dan agensi kerajaan Malaysia yang berkaitan sudah dibawa ke Teluk Gong untuk melihat kawasan akan dibina jajaran baharu itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Poay Tiong berkata, kerajaan negeri itu dan Rauf harus berhenti membuat pengumuman ‘ad hoc’, tidak konsisten dan tidak lengkap mengenai projek itu.

Beliau menyifatkan pengumuman kedua-dua pihak yang samar-samar itu adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kedua-dua pihak tersebut juga harus menjalankan kajian terperinci mengenai kajian kebolehlaksanaan dan projek analisis kos faedah, selain membuat pendedahan sekiranya ada bagi membuktikan daya maju projek itu.

“Orang ramai dan pelabur memberi reaksi sinis terhadap pengumuman projek ini.

“Jangan kita lupa bahawa Melaka mempunyai banyak projek ‘gajah putih’ dan terbengkalai, seperti monorel, pulau tebus guna Pulau Melaka dan pusat beli-belah yang tidak diperlukan,” tegasnya. – Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Melaka Azam Rampas Semula Kerusi DUN Sungai Udang Pada PRU16

2

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Inisiatif Jalur Dan Laluan Pacu Pembangunan Malaysia - Menteri Pengangkutan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Laluan Kubu Gajah-Sumpitan Ditutup Sementara Akibat Tanah Runtuh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka