web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laluan Kubu Gajah-Sumpitan Ditutup Sementara Akibat Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Sep 2023 8:19AM

Notis penutupan laluan yang dikongsi menerusi Facebook Jabatan Kerja Raya Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jalan Kubu Gajah-Sumpitan (Jalan A021) dari seksyen 25 hingga seksyen 33 di daerah Larut Matang dan Selama ditutup sepenuhnya selama seminggu akibat tanah runtuh yang berlaku pada 2 petang semalam.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dalam satu notis memaklumkan penutupan jalan itu bermula 10 pagi semalam hingga 11.59 malam 3 Oktober ini.

"Segala kesulitan amat dikesali. Terdapat laluan alternatif yang menghubungkan Kampung Sumpitan dan Kampung Masjid," menurut notis itu yang disiarkan di Facebook jabatan itu semalam.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Khalil Yahaya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya berkata laluan Bukit Sumpitan Ijok-Lenggong turut ditutup akibat tanah runtuh.

Beliau berkata pengguna yang melalui laluan itu diminta menggunakan laluan alternatif dan proses pembaikan jalan sedang diusahakan oleh agensi kerajaan.

"Pihak JKR akan maklumkan semula pembukaan laluan ini setelah selesai nanti," katanya yang turut menyertakan rakaman video kejadian tanah runtuh terbabit. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Ekonomi 5 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi