web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Diminta Utamakan Kebajikan Golongan Rentan Hadapi Banjir Luar Biasa

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 1:03PM

Pemindahan mangsa daripada golongan rentan harus diberi keutamaan oleh kerajaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa bersiap siaga dengan pangkalan data lokasi untuk keutamaan kebajikan golongan rentan dalam menghadapi banjir, susulan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bah besar melanda beberapa negeri di Semenanjung pada November depan.

Setiausaha Wanita PKR, Loh Ker Chean berkata, terdapat keperluan kerajaan memandang serius cadangan itu agar operasi pemindahan mangsa dapat dilakukan dengan lebih lancar dan berkesan.  

“Kerajaan harus memberi keutamaan kepada pemindahan mangsa daripada golongan rentan, khususnya wanita hamil, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas yang tinggal bersendirian di dalam komuniti.

“Wanita PKR menyeru kerajaan mengumpul data terkini mengenai lokasi kediaman golongan ini supaya operasi pemindahan mangsa banjir berlangsung dengan berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.  

Dalam pada itu, Ker Chean berkata, kepimpinan peringkat komuniti setempat juga perlu memainkan peranan penting dalam operasi pemindahan mangsa banjir.

“Wanita PKR menyeru pemimpin komuniti agar bersedia bertindak dalam hal ini, sekiranya kerajaan gagal memberi maklumat kritikal apabila kawasan ditimpa banjir kilat,” katanya.

Pada masa sama, beliau berharap kerajaan ‘membuka mata’ dengan mengambil iktibar peristiwa hitam kejadian banjir kilat, sehingga meragut nyawa orang awam.  

“Kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri, selain pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengambil iktibar daripada banjir kilat dahulu, terutama banjir di Baling pada Julai lalu.

“Ia meragut tiga nyawa, termasuk wanita hamil empat bulan, jadi kerajaan dan PBT harus bersikap lebih serius dalam membuat persediaan menghadapi kemungkinan bencana itu berulang,” katanya.  

Terdahulu, MetMalaysia meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan sama.

Cuaca itu dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh terbabit, dengan risiko hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan, mesyuarat bersama semua agensi dan pihak terbabit bagi persediaan menghadapi bencana banjir diadakan esok.  

Katanya, semua pihak berkaitan, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan wakil kerajaan negeri akan dipanggil menghadiri bermesyuarat untuk memastikan persediaan awal menghadapi bencana itu.

Ismail Sabri berkata, ia bagi memastikan pusat pemindahan banjir, stok makanan dan peralatan untuk mengangkut serta pusat perpindahan bersedia. - Getaran, 11 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad