web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suami Isteri Ditemui Mati, Bakar Arang Dalam Bilik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Apr 2021 9:19PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri ditemui mati di sebuah rumah di Jalan Medang Serai, Bangsar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Anuar Omar berkata, mayat pasangan itu ditemui pada jam 12.33 tengah hari, oleh seorang ejen hartanah.

Menurut beliau, ejen hartanah itu dipercayai cuba menelefon kedua-dua mangsa namun tidak beroleh sebarang jawapan.

"Selepas panggilannya tidak dijawab, pengadu pada jam 11 pagi telah mengambil kunci rumah daripada pemilik sebenar, dan bergegas ke lokasi kejadian.

"Hasil pemeriksaan di dalam rumah, beliau menemui kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur," katanya.

Anuar berkata, kediaman tiga tingkat itu disewa oleh pasangan terbabit, seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun dan isterinya, rakyat Thailand yang berumur 38 tahun.

"Menerusi keterangan diberikan pengadu iaitu ejen hartanah berkenaan, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018, manakala rumah tersebut disewa sejak 6 April lalu.

"Siasatan mendapati, pasangan itu membakar arang di dalam bilik dan menutup semua pintu serta tingkap," katanya.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia antara jam 6 hingga 7 pagi tadi akibat sesak kerana terhidu asap.

Anuar menarik perhatian, polis turut menjumpai nota yang ditulis mangsa untuk keluarga mereka.

"Seorang saksi yang juga kenalan rapat mangsa berkata, pasangan berkenaan tidak pernah berkongsi masalah atau memiliki sebarang musuh.

"Polis juga tidak mengesan sebarang unsur jenayah dalam kes ini," katanya.

Mayat dibawa ke Pusat  Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat. - Getaran, 9 April 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah