web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Kerja: Kerajaan Myanmar Perlu Segera Selamatkan Rakyat Malaysia Terkandas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 11:36AM

Salah seorang mangsa pemerdagangan manusia yang dikenali sebagai Ah Lee (kiri) menunjukkan lokasi anak saudaranya yang juga seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKT) dikenali sebagai Ah Heng, 22, terkandas di Myanmar sejak Disember lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa campur tangan kerajaan Myanmar demi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di negara tersebut selepas menjadi mangsa sindiket penipuan kerja.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, campur tangan negara itu diperlukan berikutan sindiket tersebut seolah dilindungi pihak berkuasa selepas tiada tindakan diambil, walaupun laporan telah dilakukan oleh mangsa.

“Disebabkan layanan tidak berperikemanusiaan yang diterima, mangsa telah membuat laporan polis di Myanmar. Malangnya, tiada tindakan berkesan diambil oleh pihak berkuasa yang kemudian mengakibatkan mereka terkandas di Myanmar.

“Dipercayai juga wujud penglibatan pihak berkuasa tempatan di Myanmar yang kemudiannya memberi perlindungan agar sindiket itu terlepas daripada tindakan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Hishamuddin Hashim
Hishamuddin Hashim

Beliau berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan Myanmar segera menyelamatkan mangsa kerana negara itu ialah antara anggota ASEAN yang telah meratifikasi perjanjian Konvensyen ASEAN Bagi Menentang Pemerdagangan Manusia Terutama Membabitkan Wanita dan Kanak-Kanak (ACTIP) sejak 2015.

Menurut Hishamuddin, kewujudan sindiket tersebut di Myanmar jelas melanggar hak asasi manusia dan dianggap sebagai perhambaan zaman moden, yang merupakan sebahagian daripada jenayah pemerdagangan manusia.

“Dengan komitmen penuh dari Myanmar dalam menyelesaikan bentuk pemerdagangan manusia, mangsa akan dapat meneruskan kehidupan normal dengan keluarga mereka di Malaysia.

“Kerjasama dan komitmen penuh amat diperlukan dari Myanmar dan semua negara ASEAN bagi mencegah jenayah pemerdagangan manusia yang kejam ini, sekali gus membentuk kehidupan yang selamat dan baik,” katanya.

Beliau memberitahu, pendedahan keluarga mangsa membongkar rahaia bagaimana semua individu terbabit diperdaya sindiket itu dengan pelbagai janji dan modus operandi, termasuk menawarkan gaji lumayan.

“Apabila berada di sana, mereka ini akan disuruh bekerja secara paksa, diugut dan diseksa sindiket tersebut. Apabila ingin pulang, mereka perlu membayar kira-kira RM50,000 sehingga RM100,000 untuk dilepaskan.

“Mereka dipaksa melakukan pekerjaan haram, seperti menjadi scammer, judi dalam talian dan diugut, dipukul serta dijual sekiranya tidak mencapai sasaran ditetapkan,” katanya, kesal.

Jelas Hishamuddin, sebahagian daripada mangsa juga dipercayai telah dijual kepada ejen atau sindiket di negara lain.

“MHO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) dan Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) telah menyerahkan memorandum di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur, semalam.

“Perkara ini telah berpanjangan dan menyebabkan mangsa berada dalam keadaan yang sangat tertekan, malah mereka juga gagal dikesan oleh ahli keluarga masing-masing.

 “Ini telah menyebabkan keluarga mereka di Malaysia berada dalam keadaan cemas kerana bimbang akan keselamatan ahli keluarga mereka,” katanya. - Getaran, 15 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global