web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jika Ringgit Jatuh Menteri Seolah 'Berbangga', Sepatutnya Susun Semula Ekonomi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 7:23PM

Lee Chean Chung berkata kerajaan perlu menyusun semula struktur ekonomi susulan kemerosotan ringgit secara berterusan sejak 20 tahun lepas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemerosotan ringgit secara berterusan sejak 20 tahun lalu secara tidak langsung ‘mengecutkan’ kuasa membeli rakyat di Malaysia.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Lee Chean Chung berkata, kejatuhan ringgit juga secara jelas mengurangkan pekerjaan bernilai tinggi dan memudarkan masa depan rakyat, khususnya anak muda.

Lantaran itu, beliau berkata, terdapat keperluan untuk kerajaan memandang serius permasalahan itu dengan menyusun semula struktur ekonomi dan bukan berbangga dengan kejatuhan ringgit. 

“Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ‘begitu gembira’ dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit, tapi sedarkah bahawa kemerosotan ringgit juga membawa kepada kenaikan harga. 

“Contohnya, iPhone 14 Pro (128GB) dijual pada harga RM5,299. Dengan gaji minima rakyat sekarang RM1,500, pekerja perlu bekerja sebanyak 3.53 bulan tanpa makan, tidur dan ke mana-mana untuk memperoleh iPhone tersebut.

“Peminat iPhone di Malaysia juga ramai, cuma yang betul-betul mampu membeli hanya sebahagian daripada kita sahaja. Ada yang akan sindir, jangan beli sekiranya tidak mampu. Harus tahu bahawa ini merupakan satu analogi ataupun perbandingan. 

“Kita wajar tanya, mengapakah pemandu teksi, pekerja restoran makanan segera dan tukang pembersihan di negara maju mampu memiliki iPhone, tetapi kita tidak,” soalnya menerusi kenyataan, hari ini. 

 Lee Chean Chung
Lee Chean Chung

Lebih menyedihkan, Chean Chung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu berkata, hasil kajian dari Numbeo mendapati bahawa rakyat di Malaysia perlu bekerja sebanyak 29.2 hari untuk membeli iPhone.

“Ini berbeza dengan negara lain di mana hanya dengan 4.6 hari di Switzerland, 5.7 hari di Amerika Syarikat dan 6.1 hari di Australia. 

“Ertinya, dengan usaha dan hasil titik peluh yang sama, mereka boleh memiliki lebih lima buah iPhone, berbanding dengan kita di Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, Tengku Zafrul menerusi video di aplikasi TikTok menegaskan prestasi ringgit harus dilihat secara menyeluruh dan tidak hanya dibandingkan dengan dolar AS, memandangkan mata wang tempatan itu juga meningkat, berbanding banyak mata wang utama lain di dunia.

Beliau berkata, ringgit menyusut sebanyak 7.5 peratus berbanding dolar AS sejak awal 2022, namun mata wang serantau dan negara maju lain turut mencatatkan penurunan sama.

Katanya, meskipun semua negara tersebut turut mengalami penurunan nilai mata wang berbanding dolar AS, ia tidak mengalami krisis ekonomi, termasuk di Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun.

Mengulas lanjut, Chean Chung berkata, sekiranya kadar pertukaran nilai mata wang USD1 kepada RM3.90, harga telefon iPhone 14 Pro hanya berharga sekitar RM4,500 sahaja, iaitu RM800 lebih murah berbanding harga ketika ini. 

“Situasi sama juga terpakai ke atas Starbucks, McDonalds, Milo, susu bayi, ubi kentang dan daging lembu yang mana harganya akan sentiasa naik, menjadikan kita kurang mampu menikmati kehidupan setaraf dengan usaha kita. 

“Hasilnya, iPhone adalah alat mampu milik di negara maju lain, tetapi hanya untuk orang kaya di Malaysia,” katanya. - Getaran, 16 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global