web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bapa Pelakon Remaja Ditahan Sekali Lagi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2022 9:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bapa kandung kepada pelakon remaja perempuan sekali lagi ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bagi membantu siasatan berhubung kes ugut dan pukul ibu artis terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 43 tahun itu di IPD Klang Utara pada jam 4.10 petang, hari ini. 

Menurutnya, suspek ketika ini disiasat pihaknya dan akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan perintah reman.

“Suspek esok akan dibawa ke mahkamah untuk kita dapatkan reman agar siasatan terperinci dapat dijalankan. 

“Ini dilakukan bagi membantu pihak kita berdasarkan laporan polis dibuat bekas isterinya.

“Kes ini kita akan siasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah,” katanya kepada Getaran hari ini. 

Media melaporkan semalam, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, suspek sebelum ini ditahan di IPD Shah Alam. 

Bapa kepada pelakon remaja perempuan terbabit direman tujuh hari selepas diberkas di rumahnya di Kedah, atas dakwaan membuat gangguan secara seksual terhadap anaknya itu.

Polis turut merampas telefon bimbit suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

Terdahulu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan polis pada jam 10.25 malam berhubung dakwaan berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon itu menerusi satu temu bual di laman YouTube, mendedahkan sikap buruk bapanya yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadapnya, selain turut memperlakukan ibunya dengan teruk. - Getaran, 17 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan