web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Hiburan Haram Diserbu, 16 GRO Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 5:46PM

Siasatan di tempat kejadian mendapati, premis berkenaan dijalankan secara haram. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan 16 warga asing disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Metro Perdana Barat, Taman Usahawan, Kepong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata menerusi serbuan pada jam 10.50 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis.

Menurutnya, kesemua tangkapan membabitkan individu berumur 23 hingga 57 tahun.  

“Seramai 50 orang pelanggan dan pekerja berada di dalam premis ketika serbuan dijalankan, iaitu masing-masing 29 pelanggan lelaki dan dua pelanggan wanita.

“Daripada jumlah itu, 16 orang wanita warga asing yang dipercayai berkhidmat sebagai GRO dan pelanggan lain dibebaskan tanpa syarat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Eng Lai berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati, premis berkenaan dijalankan secara haram dan pihaknya turut merampas peralatan audio yang digunakan untuk tujuan hiburan serta sekeping resit pembayaran.

Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana menjalankan aktiviti pusat hiburan tanpa lesen perniagaan sah.  

Pada masa sama, Eng Lai berkata, pihaknya membuka Kertas siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen kerana mengajikan warga asing tanpa permit sah, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen (tiada dokumen perjalanan sah) dan Seksyen 39b (peraturan Imigresen kerana kesalahan menyalahguna pas lawatan).

“Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang, malah tindakan tegas berlandaskan undang-undang sedia ada akan diambil terhadap individu melanggar peraturan.  

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482222,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Pusat Hiburan Dibaling Bom Petrol

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Serbuan Pusat Hiburan: 10 Wanita Asing, Lelaki Tempatan Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Termasuk 2 Kanak-Kanak Cedera Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad