web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Elaun Pelajar Tajaan PETRONAS Dinaikkan Serta-Merta - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 11:19AM

Perdana Menteri berharap bantuan ini dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PETRONAS menaikkan dua kategori elaun bagi pelajar di bawah tajaannya daripada RM1,000 kepada RM1,500, membabitkan 2,267 penerima yang berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarikat minyak dan gas nasional itu akan menaikkan elaun buku dan peralatan pembelajaran untuk pelajar di Malaysia. 

Katanya, tambahan RM500 juga akan diberikan PETRONAS untuk pelajar di luar negara.

“Pelajar yang baru menerima penajaan Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP), elaun induksi (Onboarding Allowance) akan dinaikkan daripada RM 4,500 kepada RM 5,000. 

“Kenaikan kedua-dua elaun ini mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi. 

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban pelajar dan ibu bapa seterusnya memudahkan proses pembelajaran pelajar,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Penyampaian PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. 

Turut hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PETRONAS menyumbang lebih RM1 bilion bagi pelbagai program lain dalam bidang pendidikan negara.

Lebih mengujakan, Ahli Parlimen Bera itu memaklumkan, syarikat tersebut membina dua bangunan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dengan peruntukan lebih RM211 juta yang mampu menempatkan pelajar dalam persekitaran pembelajaran kondusif.

“PETRONAS juga membina dua buah asrama harian luar bandar di kawasan pedalaman yang siap sepenuhnya pada tahun 2019 bagi menyediakan akses pendidikan lebih baik kepada pelajar terbabit.

“Malah, lebih 78,000 pelajar B40 di seluruh negara menerima manfaat di bawah Program Kembali Ke Sekolah menerusi Yayasan PETRONAS,” katanya.

Ismail Sabri berkata, program tersebut diharapkan mampu menyuntik semangat pelajar untuk ke sekolah, seterusnya menyedarkan mereka mengenai kepentingan pendidikan di samping meringankan beban ibu bapa dan penjaga dari segi menyediakan alatan persekolahan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Program ‘Discover PETRONAS@School’ turut diperkenalkan demi mendedahkan pelajar mengenai perancangan masa hadapan dan peluang pekerjaan menerusi industri tenaga, selain berpeluang mendapat tajaan daripada syarikat itu dalam bidang pendidikan serta kemahiran.

“Guru turut diberi perhatian. Program Duta Guru PETRONAS dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) membantu seramai 4,500 guru melengkapkan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan daya fikir seorang pendidik STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang berimpak tinggi menjelang tahun 2030.

“Skim Peningkatan Kebolehpasaran Graduan (GEES) PETRONAS pula bertujuan meningkatkan kebolehpasaran graduan baharu, sama ada menceburkan
diri dalam bidang pekerjaan atau berniaga sendiri setelah selesai mengikuti program berkenaan,” katanya.

Sementara itu, menurut Perdana Menteri, PETRONAS sudah melatih lebih 4,000 graduan tempatan dan 70 peratus daripadanya mendapat pekerjaan tetap dalam bidang diceburi mereka.

“Saya turut dimaklumkan PETRONAS menyokong program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi keutamaan negara bagi menyediakan bakat masa depan.

“Melalui Bantuan Penajaan dan Latihan Institusi Vokasional (VISTA), seramai 11,450 belia di seluruh negara menerima pelbagai bantuan, termasuk perkakasan, pembelajaran dan latihan serta khidmat nasihat,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global