web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


600 Pelajar Terima Biasiswa Pendidikan PETRONAS Bernilai RM340 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 2:25PM

Tahun ini, 9,000 permohonan diterima dan 2,000 disenarai pendek, namun hanya 600 dipilih - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 600 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ditawarkan anugerah biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2022 membabitkan nilai tajaan lebih RM340 juta bagi menggalakkan pendidikan dan pembangunan modal insan mereka.

Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata, ia jumlah tertinggi sejak program tersebut dilaksanakan bermula tahun 1975. 

Katanya, daripada jumlah itu, hampir 80 peratus pelajar adalah terdiri daripada golongan kurang berkemampuan. 

“Sejak 1975 sehingga kini, PETRONAS sudah menaja sejumlah RM3.5 bilion. Tahun ini, 9,000 permohonan diterima dan 2,000 disenarai pendek, namun hanya 600 dipilih. 

“Pemilihan bukan sahaja dinilai berdasarkan pencapaian akademik dan kokurikulum, tetapi juga merangkumi aspek kepimpinan kerjasama kumpulan serta sahsiah diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian PESP 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini. 

Perasmian acara itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin. 

Mohd Bakke berkata, PETRONAS mengutamakan pembangunan modal insan kerana ia aset kepada syarikat minyak dan gas nasional itu untuk negara. 

“Program sentuhan ilmu pelbagai kerjasama sudah diadakan dengan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak dalam aspek pembangunan modal insan, selaras hasrat PETRONAS. 

“Pada masa sama, ia selari dengan tujuan PETRONAS, iaitu rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif bagi meningkatkan kualiti kehidupan demi masa depan mampan,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global