web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kisah Amir, Peraturan Lindung Hak Keluarga Angkat Wajar Dibentuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Feb 2021 5:57PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Pada 13 Mei 1990, seorang kanak-kanak lelaki ditemui tidak sedarkan diri berhampiran tandas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

S. Balasundram hanya berusia dua tahun ketika itu tetapi sekujur tubuh kecilnya dipenuhi pelbagai kesan luka dan lecur, yang kemudian disahkan pakar berpunca daripada puntung rokok.

Ketika ditemui, anak comel itu sudah berada dalam keadaan kritikal, dan beliau segera dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sambil dipantau barisan pakar, yang berusaha seberapa daya untuk menyelamatkan nyawanya.

Melihat kepada semua kesan kecederaan yang ada pada tubuh lemah tidak berdaya itu, iblis bertopeng manusia adalah gelaran paling tepat untuk pelaku, apabila dia bukan sekadar menyeksa mangsa secara fizikal, bahkan turut melakukan penderaan seksual ke atas anak terbabit.

Penemuan berkenaan menggemparkan seisi negara dan ribuan rakyat hanya mampu menadah tangan serta berdoa, berharap agar Tuhan menitipkan keajaiban untuk anak malang itu kembali sembuh.

Dua hari bertarung nyawa dan dua hari juga rakyat Malaysia menanti penuh debaran akan khabar gembira dari HKL, namun tempat Balasundram ternyata sudah dikhususkan di dalam syurga.

Anak comel berwajah kacukan itu pulang ke pangkuan Pencipta, tanpa sedikit membuka mata, jauh meninggalkan kekejaman dunia dan isinya.

Rentetan kejadian, talian TELEDERA diwujudkan, khusus bagi melindungi mangsa dera dan mencari keadilan buat mereka, sekali gus memudahkan orang ramai melaporkan kes seumpamanya ke pihak berkuasa, sebelum ia diubah kepada Talian Kasih di nombor 15999.

Dari aspek perundangan, kerajaan ketika itu bertindak menggubal Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 yang kini dimansuhkan untuk diganti dengan Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Ternyata sudah ada garis panduan yang jelas menangani perkara ini, namun masih ada nyawa anak tidak berdosa tergadai di tangan ibu bapa atau penjaga.

Apakah ada silap di mana-mana atau sememangnya peredaran zaman semakin menghakis nilai kemanusiaan, lalu yang wujud hanya nafsu serakah syaitan?

Pakar Psikologi, Datin Dr Mariani Md Nor berkata, keadaan persekitaran termasuk emosi dan ekonomi lazimnya boleh menjadi faktor penyumbang kepada kes penderaan.

Tekanan emosi yang berlarutan jelas beliau, banyak mendorong seseorang bertindak di luar batas pemikiran dan sering kali, ia berakhir dengan tragedi.

Penderaan kanak-kanak katanya, lazim bertitik tolak dari kegagalan pelaku untuk berfikir secara waras, apatah lagi jika ia memiliki hubung kait dengan tekanan dihadapi.

“Saya melihat ada keperluan untuk majikan merujuk kepada rekod perubatan atau kesihatan pekerja, perlu cakna dengan keadaan individu berkenaan agar mereka yang bermasalah boleh menerima rawatan dan bantuan dengan segera,” katanya kepada Getaran hari ini.

Kes dera yang membabitkan tekanan mental jelas beliau, boleh dicegah seandainya mentaliti masyarakat tidak lagi berada dalam kelas ketiga.

“Ini satu perkara yang amat mengecewakan bagi saya, apabila kita sering melaungkan hasrat untuk melangkah sebagai negara maju sedangkan minda dan pemikiran masih di takuk lama.

“Sangat menyedihkan apabila sebenarnya negara masih dibelenggu dengan bersikap stereotaip ke atas individu yang mahu atau pernah mendapatkan bimbingan serta rawatan psikologi,” katanya kecewa.

Dr Mariani menarik perhatian, rakyat begitu mudah menjatuh hukum, sehingga menyebabkan ada pesakit mental enggan mendapatkan rawatan pakar kerana bimbang menjadi mangsa cemuhan orang ramai.

“Individu yang mengalami tekanan mental perlu dirujuk kepada pakar, supaya menerima bantuan agar keadaan itu dapat dikawal kerana ia bukan satu situasi yang boleh diselesaikan dengan bantuan orang sekeliling, ahli keluarga atau teman rapat.

“Malangnya, stigma ‘orang gila’ sering memburu mereka jika mahu mendapatkan rawatan untuk kondisi seumpama itu,”katanya.

Menjadikan kes menimpa Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek sebagai rujukan, Dr Mariani turut menyarankan pihak berwajib merangka satu undang-undang khas bagi melindungi keluarga angkat dan nasib anak jagaan mereka.

Penilaian menyeluruh katanya, perlu dilakukan dengan mengambil kira aspek emosi dan fizikal anak terbabit, sekiranya keluarga kandung mahu menuntut semula hak mereka itu selepas diserahkan kepada keluarga angkat.

“Dalam kes menimpa Amir, saya kira semua pihak dapat melihat betapa bahagianya anak itu ketika berada di bawah jagaan keluarga angkat, dibelai penuh kasih sayang dan amat dimanjakan.

“Tapi tak begitu halnya apabila beliau diserahkan kepada keluarga kandung, malah ada laporan media menyatakan wujud kesan kecederaan baru dan lama pada tubuh anak itu,” katanya.

Jelas kecewa dengan kisah itu, Dr Mariani yang juga Naib Presiden Majlis Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia (ECCE) menegaskan, perlu ada garis panduan perundangan yang jelas untuk menyekat keluarga kandung daripada sewenang-wenangnya mengambil kembali anak mereka setelah diserahkan.

“Jika ada permohonan daripada keluarga kandung, perlu ada penelitian rapi oleh pihak berwajib. Perlu siasat latar belakang keluarga kandung, status ibu bapa, rekod kesihatan malah kedudukan ekonomi supaya anak itu tidak menjadi mangsa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Pakar Kriminologi, Shankar Durairaja secara peribadi mengakui, wujud kelemahan dalam sistem perundangan di Malaysia sehingga menyebabkan kes yang menimpa Amir berlaku.

Hakikat ini katanya, perit untuk diterima namun kepincangan itu menyebabkan seorang anak tidak berdosa hilang nyawa di tangan keluarga sendiri.

“Bagaimana seorang anak yang jelas gembira dan disayangi keluarga angkat terpaksa menanggung penderitaan emosi kerana dipisahkan, malah selepas itu hidup pula dalam keadaan terseksa akibat didera.

“Perkara ini berlaku kerana tiada undang-undang yang boleh menghalang keluarga kandung daripada menuntut anak mereka kembali,” katanya.

Amir dan Balasundram kini sudah bahagia berlarian di taman syurga, namun kekesalan akan terus menghantui kerana kita gagal melindungi nyawa tidak berdosa, daripada menjadi kekejaman individu lebih dewasa.

Anak itu adalah amanah, diberikan kepada kita sebagai satu anugerah dari syurga, tapi mengapa pada akhirnya, menjadi objek untuk didera?

“Tangan yang menggapai, akhir layu terkulai, seluruh harapannya berderai..” – Getaran, 1 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Mahkamah Persekutuan Berhak Batal Undang-Undang Sivil, Syariah Jika Bercanggah Dengan Perlembagaan - Peguam

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Kematian Kanak-Kanak: Suami Isteri Direman 7 Hari

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Laksana Kajian Untuk Perkukuh Perundangan Tangani Jenayah Dalam Talian - Azalina

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi