web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LUAS Kesan Pencemaran Bau Di Sungai Gong

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:55PM

Penggunaan teknologi bio remediation bagi tujuan pemuliharaan juga diaplikasikan di semua kawasan terjejas. - Gambar ihsan LUAS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan bau seakan diesel di kawasan Sg Gong dengan bacaan dua ton namun Loji Rawatan Air (LRA) berdekatan tidak henti tugas.

EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan LUAS bersama Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati, terdapat sisa diesel dalam saliran longkang sebuah stesen minyak di Taman Permai Jaya, Rawang.

Beliau berkata, pensampelan dilakukan di lokasi yang dikesan menunjukkan bacaan dua ton, dengan jarak lokasi pencemaran bau ke muka sauk LRA berdekatan iaitu muka sauk LRA Rantau Panjang sejauh 20 kilometer (km).

"Siasatan yang dilakukan LUAS di sekitar kawasan yang mempunyai aliran masuk ke sungai mendapati beberapa lokasi aliran dengan bacaan bau sekitar satu ton.

"Pihak LUAS juga mendapati terdapat bau seakan diesel di kawasan hulu Sungai Gong yang berkemungkinan dari kawasan premis industri,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan bersama Air Selangor juga mendapati terdapat sisa minyak diesel dalam saliran longkang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Bayu Permai.

"Pensampelan di lokasi berkenaan dilakukan dan akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa," katanya.

Gambar ihsan LUAS
Gambar ihsan LUAS

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, LUAS mengambil tindakan pencegahan awal dengan meletakkan'oil boom' di Kolam Takungan Sungai Gong Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta empat beg karbon teraktif; empat unit 'oil boom', dan lima unit 'oil pad' di saliran longkang stesen minyak berkenaan untuk memerangkap minyak dan nyah bau.

Katanya, LUAS juga sudah siap siaga melakukan pengepaman air daripada beberapa kolam alternatif di Bestari Jaya ke sungai bagi tujuan 'flushing' untuk meningkatkan kadar pencairan di dalam sungai dan seterusnya nyah bau.

"Penggunaan teknologi bio remediation bagi tujuan pemuliharaan juga diaplikasikan di semua kawasan terjejas.

"LUAS juga mengeluarkan arahan kepada premis terlibat berdasarkan Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 untuk mengalihkan apa-apa bahan pencemar yang berpotensi mencemarkan aliran air sungai serta melaksanakan pembersihan segera agar pencemaran tidak berulang," katanya.

Beliau berkata, LUAS juga memantau rapi kawasan berkenaan melalui pensampelan bau di Stesen Statik di Jambatan Glomac untuk mengesan perubahan bau di Sungai Gong dan berdasarkan rekod, sehingga kini tiada henti tugas LRA dilaporkan oleh pihak Air Selangor. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Harga Diesel Tanpa Subsidi RM3.35 Seliter Mulai Tengah Malam Ini

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Cemar Sungai Kim Kim, Pemandu Lori Didenda RM100,000, Syarikat Didenda RM320,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 54 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 24 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'