web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Perlu Jalani Hukuman Penjara 10 Tahun Jika Mahu Layanan Istimewa - Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2022 11:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu mendapat layanan istimewa termasuk rawatan di pusat rehab, beliau perlu menjalani hukuman penjara lebih 10 tahun terlebih dahulu, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas Anwar, beliau hanya memperoleh layanan sedemikian selepas lebih 10 tahun menjalani hukuman di penjara, sebelum diberi rawatan di pusat rehab atas masalah kesihatan dihadapi.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, rawatan di pusat rehab hanya diberikan kepadanya selepas beliau menjalani pembedahan besar di bahagian bahu.

“Banyak kontroversi menyelubungi hukuman penjara dijalani Najib, namun ada kritikan mengatakan saya juga dimasukkan ke pusat rehab (jadi mengapa tidak Najib).

“Dengar ya, saya dimasukkan ke pusat rehab selepas lebih 10 tahun menjalani hukuman dengan menghuni lokap di penjara dan dimasukkan ke pusat tersebut selepas menjalani pembedahan bahu,” katanya pada sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok.

Anwar berkata, beliau tidak mahu mencampuri keputusan pakar perubatan yang merujuk Najib ke pusat rehab tersebut, namun terdapat perbezaan jelas dalam isu tersebut.

“Doktor yang merawat saya dahulu  menjelaskan mengapa saya perlu dimasukkan ke pusat tersebut,” tegasnya.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Port Dickson  itu berkata, tiada penjelasan jelas mengenai status kesihatan Najib untuk dimasukkan ke pusat rehab berkenaan. 

“Kali kedua saya dipenjarakan, saya tidur di atas lantai, simen lantai untuk beberapa minggu sebelum doktor menyarankan saya diberikan katil atas sebab masalah tulang belakang.

“Jadi jangan sesekali membanding (pengalaman Najib) dengan pengalaman Anwar,” tegas beliau.

Bagaimanapun, Anwar berkata, atas sifat kemanusiaan, beliau tiada masalah jika pakar perubatan dapat mengesahkan status kesihatan Najib sebelum memberi layanan sedemikian.

Semalam, Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Najib l dipindahkan ke Pusat Rehabilisasi Cheras (HBC), pada 19 September bagi mendapatkan rawatan dan pemantauan pakar.

Menurut jabatan itu lagi, Najib dipindahkan ke HRC selepas dirujuk oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bekas Perdana Menteri itu akan dihantar kembali ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman selepas mendapat pelepasan daripada pakar. - Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia