web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendedahan Foto Terbaharu Buktikan Jho Low Masih Di Macau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 2:01PM

Tom Wright dan Bradley Hope baru-baru ini berkongsi sekeping foto kelibat Jho Low dikesan di sebuah pusat membeli-belah di Macau, China - Tangkapan layar video YouTube

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai  Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa masih bersembunyi di China.

Perkara itu didedahkan oleh wartawan, Tom Wright dan Bradley Hope yang berkongsi sekeping foto kelibat Jho Low dikesan di sebuah pusat membeli-belah di Macau, China.

Sebelum ini kedua-duanya pernah mendedahkan keberadaan Jho Low di lokasi sama tetapi tiada tindakan susulan diambil pihak berkuasa.

Bradley berkata, foto tersebut diterima daripada penyiasat persendirian yang merakam gambar Jho Low memakai baju berwarna oren yang membelakangkan kamera.

Menurutnya, turut kelihatan di dalam gambar tersebut ialah isteri kepada Jho Low iaitu Jesselynn Chuan Teik Ying yang memakai gaun hitam.

Mereka dipercayai bersama seorang pembantu dan seorang individu dipercayai penjaga kepada ahli perniagaan tersebut.

“Jelas sekali terdapat masa yang berbeza apabila Jho Low menjadi individu yang amat dikehendaki kerana usaha ingin mendapatkan semula wang (telah diseleweng daripada 1MDB).

“Tidak jelas siapa yang mengupah penyiasat persendirian ini tetapi ia mungkin kerajaan Malaysia atau perantara kerajaan Malaysia. Tetapi bagaimanapun ia telah dikesan,” katanya menerusi satu video di YouTube bersama Tom, hari ini.

Dalam pada itu, Bradley berkata, penyiasat persendirian itu turut menunjukkan sebuah foto yang mendedahkan wajah Jho Low pada ketika itu.

Bagaimanapun katanya, dia tidak dibenarkan untuk berkongsikan gambar berkenaan atas sebab tertentu di samping tidak mendedahkan tarikh ketika foto tersebut diambil.

“Dengan mengambil kira nilai AS$8.5 bilion atau RM38.8 bilion diselewengkan daripada 1MDB berbanding jumlah berjaya dipulihkan oleh beberapa kerajaan termasuk Malaysia, Jho Low dilihat masih mempunyai kekayaan luar biasa.

“Kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ketika ini dilaporkan berjaya memulihkan aset berjumlah kira-kira 1.4 bilion dolar AS atau RM64 bilion merangkumi aset seperti rumah mewah, kapal terbang dan pemilikan saham syarikat.

“Tapi tidak semua wang yang diseleweng daripada 1MDB berjaya dikesan dan diketahui keberadaannya,” katanya.

Sementara itu, mengambil kira situasi tersebut, Tom berkata, dirinya percaya Jho Low masih mempunyai pegangan terhadap berbilion ringgit wang yang diseleweng daripada 1MDB dan perkara tersebut juga dilihat menjadi sebab mengapa ahli perniagaan itu mampu kekal bebas.

“Adalah menjadi satu di luar kebiasaan untuk orang yang dalam pelarian (ada kekayaan besar).

“Ini adalah satu lagi sebab kenapa rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia perlu berasa amat marah terhadap fakta bahawa tiada sebarang tindakan diambil (untuk menangkap Jho Low),” katanya.

Terdahulu, Kementerian Kewangan mengumumkan sebanyak RM20.53 bilion aset 1MDB telah dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia pada November 2021. - Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jho Low Di Bawah Tahanan Rumah Di Shanghai?

3

TARA 1 tahun yang lalu

AirAsia Lancar Semula 7 Destinasi Antarabangsa Di China

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan