web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Saya Diaib, Ditelanjangkan’ - Ahmad Zahid Lega Terlepas Tuduhan Rasuah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 3:20PM

Ahmad Zahid Hamidi bersyukur apabila Mahkamah Tinggi di sini membebaskannya daripada semua 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Selepas ‘diaibkan’ dan ‘ditelanjangkan’ dengan tuduhan rasuah terlebih dahulu oleh segelintir pandangan umum, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersyukur apabila Mahkamah Tinggi di sini membebaskannya daripada semua 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Dalam sidang media ringkas selepas keputusan itu, Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong beliau sepanjang tempoh perbicaraannya.

Malah beliau berkata, keputusan tersebut juga adalah kemenangan bagi gabungan Barisan Nasional (BN).

“Sejak hari pertama sehingga keputusan dibacakan hari ini, saya yakin undang-undang dan pelaksanaannya telah diteliti dan diperincikan oleh hakim.

“Saya telah diaibkan, dimalukan dan ditelanjangkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan ternyata kebenaran itu akhirnya terbukti jua.

“Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ini, kita menyaksikan bahawa undang-undang itu ditegakkan dalam usaha mencari keadilan,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong beliau sepanjang tempoh perbicaraannya - Gambar oleh Syeda Imran
Ahmad Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong beliau sepanjang tempoh perbicaraannya - Gambar oleh Syeda Imran

Dalam sidang media itu juga, Ahmad Zahid secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada peguam bela utamanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik dan pasukan peguamnya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis dan anaknya, Nurul Hidayah Ahmad Zahid atas sokongan mereka.

Sebelum mengakhiri sidang media itu, Zahid turut mengucapkan terima kasih kepada media kerana memberikan laporan 'seimbang' sepanjang perbicaraan itu.

Beliau juga sempat berseloroh agar media terus memberikan laporan seimbang selepas ini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Ahmad Zahid, 69, dilihat berjalan bersama kira-kira 100 penyokong berpakaian serba hitam dan putih dari pintu utama Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ke lobi bangunan itu sekitar 8.50 pagi.

Kesemua mereka memakai baju putih seperti Ahmad Zahid yang berbaju Melayu serba putih dan berseluar slack hitam ketika hadir di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Ahmad Zahid juga disambut dengan 'pulut kuning' tradisional yang dibuat penyokongnya, ketika dia keluar dari kompleks mahkamah Shah Alam, dengan ramai yang melaungkan “Allahuakhbar!” bagi meraikan keputusan itu.

Sebelum itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, yang juga Presiden UMNO, atas semua pertuduhan tersebut. – The Vibes, 23 September 2022

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan Pertama Jemaah Haji Selamat Tiba Ke Tanah Air

Sukan 6 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran