web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Surat Tular Nik Abduh Minta Peralatan, Tenaga Kerja Kenduri Anaknya Benar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 8:07PM

Tindakan Ahli Parlimen Bachok yang mahu PBT menyediakan peralatan dan fasiliti bagi majlis perkahwinan anaknya, menerima kecaman netizen di media sosial - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Surat tular mendakwa Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyediakan peralatan dan tenaga kerja bagi majlis perkahwinan anaknya adalah benar.

Ia disahkan sumber daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dan memberitahu keperluan terbabit sudah mula dihantar hari ini selepas mendapat arahan daripada pihak pentadbiran tertinggi MPKB.

“Memang benar surat itu daripada YB (Nik Mohamad Abduh). 

“Kami pun sudah mendapat arahan pada hari ini untuk menghantar kerusi, meja serta hiasan bunga bagi persiapan majlis anaknya esok,” katanya ringkas kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, surat bertarikh 20 September memaparkan logo Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bachok tersebar di media sosial sejak tengah hari tadi.

Surat ditandatangani Nik Mohamad Abduh itu diterima Yang Dipertua MPKB, Rosnazli Amin pada 22 September lalu.

Berdasarkan surat tersebut, Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas sewajarnya demi melancarkan majlis perkahwinan anak beliau.

Berdasarkan surat yang tular itu, Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas sewajarnya demi melancarkan majlis perkahwinan anak beliau - Gambar media sosial
Berdasarkan surat yang tular itu, Nik Mohamad Abduh meminta MPKB menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas sewajarnya demi melancarkan majlis perkahwinan anak beliau - Gambar media sosial

“Majlis Bekwoh Kesyukuran Keluarga Besar Nikmatillah sempena perkahwinan anakanda saya pada 24 September 2022 di pekarangan Masjid Tok Guru dan SMU (A) Darul Anuar bermula jam 11 pagi hingga 5 petang.

“Sehubungan dengan itu sukacita dipohon kerjasama daripada pihak MPKB Bandar Raya Islam untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, kerusi meja, hiasan bunga dan penguat kuasa kawalan lalu lintas yang sewajarnya untuk melancarkan majlis tersebut,” katanya menerusi surat berkenaan.

Sementara itu, tindakan Ahli Parlimen Bachok terbabit yang juga anak kepada mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu PBT menyediakan peralatan dan fasiliti bagi majlis perkahwinan anaknya, menerima kecaman netizen di media sosial.

“Bila ceramah Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh, itu pemimpin PAS…perbuatan jauh dengan akhlak Islam, langsung tak boleh diteladan rakyat,” kata seorang pengguna dikenali Mohd Nasir.

Tangkapan layar Facebook
Tangkapan layar Facebook

“Jauh berbeza sikap dan amalan dibandingkan dengan arwah Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Pen pun ada dua. Satu untuk diguna di dalam pejabat. Satu lagi untuk tujuan peribadi. Allahumma Ya Allah, bahagiakanlah tuan guru kami di sana…amin,” kata Jasni.

Tangkapan layar Facebook
Tangkapan layar Facebook

“Ternyata benar…iman tak boleh diwarisi,” luah Ahmad.

Tangkapan layar Facebook
Tangkapan layar Facebook

Dalam pada itu, seorang penulis politik berkongsi surat berkenaan di Facebook miliknya dan menyifatkan tidak wajar Ahli Parlimen melakukan perbuatan terbabit kerana majlis kenduri kahwin bukan acara rasmi, sebaliknya urusan peribadi.

“Anak kahwin, walaupun kita Ahli Parlimen, kerusi meja dan bunga tu pergilah sewa dan beli sendiri. Kenduri ni urusan peribadi.

“Semua nak percuma (free) belaka…,” tulis beliau.

Getaran cuba mendapatkan pengesahan daripada Nik Mohamad Abduh, namun sehingga kini beliau belum memberi sebarang maklum balas berkenaan perkara tersebut. - Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

2

Seni & Hiburan 5 bulan yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

3

Jelajah 5 bulan yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global