web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukan Kerajaan Yang Tak Telus, Tapi Sistem Mohon Buruh Asing Yang Rumit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan pihak berkuasa tidak telus dalam proses membawa tenaga buruh asing ke Malaysia.

Sebaliknya, Presiden DPMM Dr Abdul Halim Husin berkata, kerajaan telah memainkan peranan sebaiknya dalam menjalankan tanggungjawab, dengan memberi kelulusan kuota kira-kira 400,000 pekerja asing kepada majikan.

Dr Abdul Halim Husin
Dr Abdul Halim Husin

Bagaimanapun, menurut beliau, sistem baharu yang digunakan ketika ini sehingga majikan perlu mengambil inisiatif dengan membawa sendiri pekerja dari negara pengeluar adalah punca kelewatan kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia.

“Kebanyakan mereka (majikan) tidak berpengalaman untuk mengambil buruh asing dari negara asal, disebabkan sebelum ini mereka menggunakan agen tertentu yang telah diluluskan oleh kementerian berkenaan.

“Jadi kelewatan itu bertambah dan sepanjang satu dua bulan lepas, berlaku pengurangan atau pesanan (buruh asing) dari luar negara oleh majikan, khususnya dari segi (industri) pengilangan,” katanya kepada Getaran.

Tegas beliau, perkara itu menyebabkan sebahagian daripada majikan belum membuat keputusan sepenuhnya untuk membawa buruh asing ke negara ini.

“Mereka tertanya, sama ada sebenarnya perlu ambil pekerja asing atau tidak. Jadi, kementerian telah membantu dengan meluluskan lebih 400,000 buruh luar dan majikan tidak lagi perlu membayar levi yang dikenakan untuk membawa masuk pekerja.

“Faktanya, kerajaan telah berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan industri pada masa ini dengan memberi kelulusan yang cepat bagi memudahkan kemasukan golongan terbabit ke Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KSM juga telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh syarikat swasta, pegawai kerajaan serta Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Jabatan Buruh bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kementerian juga mewujudkan kumpulan WhatsApp dan tiada masalah baharu timbul.

“Jadi, saya tidak pasti sama ada masalah ini dilaporkan oleh persatuan berdaftar atau tidak.

“Sebenarnya, sebarang masalah berbangkit selama ini diajukan terus dalam kumpulan WhatsApp yang turut disertai Menteri Sumber Manusia.

“Segala permasalahan yang kita akan tanya akan dijawab hampir serta merta oleh TKSU serta pegawai berkenaan dengan pantas. Setakat ini tidak ada persoalan baharu ditimbulkan kepada kementerian tersebut,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berpendapat, sistem yang dilaksanakan kerajaan bagi melakukan permohonan pekerja asing mungkin kelihatan lebih tulus, namun sebenarnya ia merumitkan majikan.

Datuk Jawahar Ali Taib Khan
Datuk Jawahar Ali Taib Khan

“Dalam konteks ini, KSM perlu permudahkan peraturan pengambilan pekerja asing, dengan syarat ketat dan perjelaskan sebaiknya prosedur yang belum dapat kita patuhi sepenuhnya, serta urusan nak membawa masuk pekerja asing yang sedang tergantung.

“Kalau perkara ini masih berterusan, ia akan bertambah kritikal kerana ahli kami sejak pandemik, kira-kira 2,500 sudah gulung tikar.

“Pemilik restoran ini merupakan pembayar cukai berhemah dan membawa pulangan kepada negara.

“Cukai Jualan dan Perkhidmatan akan juga akan terjejas sekiranya kami terjejas,” katanya.

Jawahar berkata, kerajaan perlu meneliti semula sistem tersebut bagi memudahkan majikan membawa tenaga buruh asing, agar perniagaan mereka mampu berkembang semula selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Menurut beliau, walaupun kerajaan telah meluluskan kemasukan 400,000 pekerja asing namun pemantauan secara terperinci perlu dilakukan bagi memastikan tenaga buruh itu dapat digunakan oleh majikan dengan kadar segera.

“Kerajaan perlu kaji balik kerana prosedur ketika ini menyulitkan keadaan. Kemasukan (pekerja asing) ada, namun minima pada waktu ini. Kekangan itu berlaku disebabkan kesusahan yang dihadapi dalam sistem, malah prosedur di pintu masuk juga perlu dipermudahkan ketika majikan mengambil pekerja.

“Majikan ketika ini kena tunggu sehingga tiga atau empat jam disebabkan sistem perlahan.

“Sistem sekarang ini lebih telus dan susah berlaku ketirisan berbanding dahulu, namun janganlah merumitkan dan menyulitkan keadaan kerana perkara itu tidak bagus dan boleh menimbulkan pelbagai persepsi negatif.

“Mungkin orang pertikai kita bergantung pada buruh asing namun ia adalah jalan terakhir selepas tidak menerima maklum balas dari orang tempatan,” katanya. - Getaran, 25 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Majikan Abai 93 Pekerja Bangladesh Berdepan Tindakan Tegas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang