web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pakar Perubatan Perlu Berdaftar, Orang Ramai Jangan Tertipu - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 9:07AM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pakar perubatan perlu berdaftar penuh di bawah Daftar Perubatan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan mempunyai kepakaran yang diiktiraf, sebelum layak menggunakan gelaran tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit juga wajib menghadiri latihan kepakaran dalam bidang berkaitan di institusi yang diiktiraf.

Menurut beliau, pakar berkenaan juga perlu membuktikan beliau adalah layak dan memiliki akhlak yang baik.

“Selaras dengan Seksyen 14C Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012), seseorang berhak untuk didaftarkan dan mengamal sebagai pakar sesuatu bidang kepakaran di bawah Daftar Perubatan MPM sekiranya memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Seksyen 14B Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012),” katanya.

Dr Noor Hisham menegaskan, kesemua pendaftaran pakar perlu menjalani penilaian oleh jawatankuasa khas MPM yang akan meneliti setiap syarat, sebelum seseorang pengamal diperakui sebagai pakar perubatan di negara ini.

“Tiada mana-mana individu atau pihak yang boleh memperakukan diri mereka dan mengamal sebagai seorang pakar perubatan dalam sesuatu bidang jika nama mereka tidak berada di dalam Daftar Perubatan MPM.

“Bagi tujuan verifikasi atau penyemakan status pendaftaran seorang pengamal perubatan yang berdaftar dengan MPM, sama ada pengamal tersebut adalah seorang doktor perubatan atau pakar perubatan, semakan boleh dibuat melalui laman web MPM iaitu www.mmc.gov.my di bawah pautan Search Medical Register dan National Specialist Register,” katanya.

Beliau memberitahu, kemudahan dalam talian tersebut disediakan bagi memudahkan MPM membantu orang awam memilih hanya pengamal perubatan dan pakar perubatan yang bertauliah sahaja bagi memberi perkhidmatan kesihatan serta rawatan perubatan di negara ini.

“Ia termasuk rujukan perkara berkaitan perubatan dan kesihatan awam.

“Orang awam dinasihatkan agar tidak terkeliru atau terpedaya dengan dakwaan mana-mana pihak yang mengaku diri mereka sebagai seorang pengamal perubatan atau pakar perubatan berdaftar di Malaysia,” katanya. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pegawai NADMA, SMART Dihantar Ke Luar Negara Jalani Latihan Pengurusan Bencana 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah