web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pencerobohan Tentera China, ATM, Kerajaan Perlu Beri Komitmen Berterusan - Rozman

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 12:14PM

Gambar dari udara yang diambil pada 2 Januari 2017 ini menunjukkan formasi tentera laut China, termasuk kapal pengangkut pesawat Liaoning (tengah), semasa latihan ketenteraan di Laut China Selatan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) digesa memastikan komitmen berterusan dalam memastikan sempadan dan perairan negara di Laut China Selatan tidak dicerobohi sesuka hati oleh tentera China.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, aktiviti ketenteraan dan penguatkuasaan maritim yang agak aktif oleh republik itu kebelakangan ini di kawasan berkenaan, sedikit sebanyak mengganggu sektor perikanan serta industri minyak dan gas negara.

Menurut beliau, senario tersebut harus diberi perhatian serius oleh kerajaan dan ATM, meliputi pengukuhan aspek ketenteraan di sempadan, khususnya perairan Sabah dan Sarawak.

“Sudah berkali-kali kita mendengar alasan China bahawa tindakan seumpama itu diambil untuk menjamin hak, kepentingan dan kedaulatan negara mereka. Tapi, bagaimana pula dengan hak dan kedaulatan Malaysia,” katanya hari ini.

Tegas Rozman, pencerobohan berulang kali yang berlaku sejak 2013 itu dapat dilihat dengan jelas dalam laporan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mencakupi 23 kes di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) sepanjang tahun lalu.

“Kerajaan harus menunjukkan bahawa kita tegas dan cakna dengan keselamatan dan kedaulatan negara di Laut China Selatan. Kita tidak lagi boleh berdiam diri dan hanya melihat dari jauh pencabulan ke atas kedaulatan wilayah negara,” katanya.

Beliau menarik perhatian, situasi di Laut China Selatan dijangka semakin tegang susulan kunjungan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Katanya, ia diburukkan dengan kunjungan beberapa anggota Parlimen Kesatuan Eropah (EU), dijadualkan berlangsung Disember nanti.

“Ia dikhuatiri bakal meningkatkan lagi ketegangan tersebut. Kita dapat saksikan tentera People's Liberation Army (PLA) dari China telah mengadakan lima latihan ketenteraan bersenjata di perairan Laut China Selatan antara 27 hingga 31 Julai lalu, beberapa hari sebelum kunjungan Pelosi ke Asia.

“Ia diikuti pula tindakan Amerika Syarikat yang menghantar kapal perang USS Ronald Reagan ke Laut China Selatan,” katanya.

Rozman memberi ingatan, kerajaan dan ATM perlu memantau semua perkembangan yang berlaku di Taiwan secara serius kerana situasi di negara itu pasti akan memberi impak kepada Laut China Selatan.

“China dibimbangi akan terus meningkatkan aktiviti ketenteraan di sekitar Laut China Selatan termasuk di kawasan milik Malaysia serta kawasan lain yang masih dalam pertikaian.

“Kebimbangan ini semakin meningkat ekoran laporan mengenai siri aktiviti China di Laut China Selatan sejak beberapa minggu lalu, yang menunjukkan jet milik China sering melakukan pintasan terhadap pesawat lain,” katanya.

“Terbaru jelas beliau, sebuah pesawat milik Tentera Udara Australia telah dipintas secara berbahaya oleh jet China hingga mengancam nyawa kru terlibat,” katanya.

Semua perkembangan itu jelas beliau, menunjukkan Malaysia harus bersiap-siaga dengan semua aset dimiliki, termasuk koordinasi patrol di laut, udara dan darat bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika tercetus konflik di Laut China Selatan.

“Kerajaan juga harus memastikan hal itu tidak mencetuskan kegusaran buat pemegang taruh di Laut China Selatan seperti nelayan serta pemain industri minyak dan gas negara.

“Kelewatan penghantaran enam unit kapal tempur pesisir (LCS) tidak boleh dijadikan alasan untuk Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) untuk mengambil sikap tunggu dan lihat di Laut China Selatan,” katanya. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah