web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Cipta Spekulasi Kes 2 Beradik Maut Terkena Renjatan Elektrik

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 7:53PM

Pegawai TNB menziarahi keluarga mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah. - Gambar ihsan TNB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyangkal dakwaan bahawa kematian dua beradik lelaki akibat terkena renjatan elektrik berpunca daripada talian yang terputus dari tiang milik syarikat itu. 

Jurucakap TNB menegaskan, pihaknya dan Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang melaksanakan siasatan terperinci berkenaan insiden itu yang berlaku di perkarangan rumah mangsa di Kampung Teras Jernang, Bandar Baru Bangi. 

"TNB meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca kejadian sehingga siasatan selesai sepenuhnya dan sebagai menghormati keluarga mangsa. 

"Susulan kejadian juga, TNB amat bersimpati dan telah menghantar wakil menziarahi keluarga mangsa bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya hari ini. 

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan dua beradik lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di dalam sebuah besen di perkarangan rumah mereka, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua mangsa masing-masing berumur 10 dan sembilan tahun itu merupakan anak kedua dan ketiga daripada empat beradik.

Katanya, bapa mangsa yang merupakan pengusaha kedai makan mendapati anaknya sudah tidak bernyawa setelah kembali ke rumah daripada membeli barang manakala ibu mangsa berada di dalam rumah.

Menurut Wan Kamarul Azran, hasil siasatan turut mendapati kedua-dua mangsa terkena renjatan elektrik apabila bersentuhan dengan besi penyidai baju yang berada di tempat mandi. 

Menurut beliau, keadaan rumah tersebut juga agak berselerak dan tidak bersusun dengan besi terpakai kerana sebelum ini, bapa mangsa mempunyai bengkel kereta yang telah ditutup, menyebabkan barang-barang yang terpakai dibawa balik ke rumah.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat selepas ujian saringan COVID-19 di Hospital Serdang. 

Pada masa sama, Wan Kamarul Azran mengingatkan ibu bapa agar tidak membiarkan barangan elektrik dan pendawaian elektrik yang bocor di kawasan rumah. - Getaran, 1 Oktober 2022. 







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan