web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bincang Dahulu Sebelum Laksana Peraturan Baharu, Minimumkan Kesulitan Majikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2022 7:05AM

Berdasarkan dasar baharu, pekerja asing tidak akan dibebaskan sehingga majikan mereka tiba di KLIA. Namun, peraturan itu tidak menyatakan siapa yang boleh mewakili majikan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) digesa mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan, sebelum melaksanakan sebarang dasar baharu berkenaan pengambilan pekerja asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, perbincangan secara holistik mampu mengelakkan sebarang kesulitan, sekali gus meminimumkan kemungkinan berlakunya sebarang masalah.

Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar Fail
Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar Fail

Menurut beliau, jabatan berkenaan juga diminta menjelaskan secara terperinci peraturan baharu yang mewajibkan majikan mengambil sendiri pekerja asing di KLIA dan perlu membawa mereka ke destinasi masing-masing dalam tempoh enam jam.

“Berdasarkan dasar baharu, pekerja asing tidak akan dibebaskan sehingga majikan mereka tiba di KLIA. Namun, peraturan itu tidak menyatakan siapa yang boleh mewakili majikan.

“Adakah majikan dibenarkan melantik wakil seperti pengarah, pengurus, pegawai sumber manusia atau bolehkah ejen yang dilantik diberi kuasa untuk menerima pekerja bagi pihak majikan,” katanya kepada Getaran, semalam.

Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengumumkan, semua majikan diwajibkan menunggu ketibaan pekerja asing baharu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk memastikan pekerja berkenaan mempunyai majikan yang sah.

Katanya, majikan perlu bertanggungjawab menguruskan dokumentasi pekerja berkenaan dan mengesahkan mereka adalah majikan kepada pekerja terbabit.

Khairul Dzaimee Daud - Gambar Fail
Khairul Dzaimee Daud - Gambar Fail

Beliau berkata, peraturan Jabatan Imigresen itu memberi tempoh selama enam jam kepada majikan untuk menerima pekerja asing mereka di KLIA, namun dalam keadaan tertentu, tempoh tersebut akan dilanjutkan.

Mengulas lanjut, Syed Hussain berkata, tempoh enam jam yang diperuntukkan Jabatan Imigresen adalah terlalu singkat.

Pada masa sama, menurut beliau, tidak sewajarnya kerajaan mahu mengeluarkan notis Tidak Dibenarkan Mendarat (NTL) dan menghantar pulang pekerja asing yang sudah berada di KLIA melalui penerbangan berikutnya jika majikan gagal mematuhi peraturan tersebut.

“Perkara itu sememangnya akan membebankan majikan dari segi kos dan menimbulkan banyak kesukaran, malah pelbagai cabaran akan tercipta, terutamanya apabila majikan menghadapi kekurangan pekerja asing yang kritikal.

 “Isu pelaksanaan akan timbul memandangkan tempoh enam jam seperti ditetapkan Imigresen mungkin terlalu singkat. Walaupun terdapat kemungkinan tetingkap 6 jam dilanjutkan, ia tidak menyatakan berapa lama lanjutan boleh diberikan,” katanya.

MEF jelas Syed Hussain lagi, meminta penjelasan lanjut mengenai dasar baharu itu supaya halangan akan diminimumkan apabila ia dilaksanakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan turut senada dengan perkara itu dan berpendapat,  pengambilan pekerja asing di KLIA oleh perlu dipermudahkan dan bukan sebaliknya.

Jawahar Ali Taib Khan - Gambar Fail
Jawahar Ali Taib Khan - Gambar Fail

Menurut beliau,  dasar itu perlu diteliti semula bagi memastikan tenaga buruh asing dapat digunakan oleh majikan pada kadar segera.

“(Kemasukan) pekerja asing bila di pintu masuk ketika ini menyebabkan majikan terpaksa menunggu sehingga tiga ke empat jam disebabkan sistem (digunakan) perlahan.

“Mereka boleh kaji semula kemasukan itu agar dipermudahkan sekiranya segala proses (dokumentasi) dah okay sebab semua yang dikehendaki oleh kerajaan telah kita berikan dan (caj) juga telah dibayar,” katanya. - Getaran, 2 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 1 hari yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000