web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tren Komuter Terkeluar Landasan, Akibatkan Kelewatan Perjalanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:30AM

Gambar sekadar hiasan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah tren komuter yang membawa 70 penumpang terkeluar daripada landasan di KM421.168 berhampiran Stesen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) petang semalam.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan kejadian itu mengakibatkan perkhidmatan komuter mengalami kelewatan bagi perjalanan dari Stesen Batu Caves menuju ke Stesen Sungai Gadut, dan sebaliknya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB Mohd Zain Mat Taha, tiada kemalangan jiwa yang melibatkan kakitangan mahupun orang awam dalam insiden itu.

Beliau berkata roda koc terakhir dan koc kedua terakhir tren itu telah terkeluar dari landasan menyebabkan laluan tren komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) terhalang sepenuhnya.

“Perkhidmatan KTM Komuter dan ETS laluan Gemas ke Padang Besar dan sebaliknya yang melalui laluan tersebut akan mengalami kelewatan ekoran insiden itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan tren komuter dari Sungai Gadut/Pulau Sebang akan ditamatkan di Stesen Bangi manakala tren dari Stesen Batu Caves tamat di Stesen Kajang.

Sementara, perkhidmatan tren ETS akan ditamatkan di Stesen Batang Benar dan penumpang akan dipindahkan menaiki bas ke Stesen KL Sentral.

Bagi pengguna KTM komuter, KTMB memaklumkan pihaknya menyediakan bas perantara kepada penumpang terlibat dari Stesen Kajang ke Stesen Bangi dan sebaliknya, bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

KTMB juga sedang giat menjalankan kerja pengalihan gerabak ke lokasi lebih selamat dan siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian itu, menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau menerusi saluran media baharu KTMB. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Tambang Perjalanan ETS Terganggu Akan Dipulangkan Secara Penuh - KTMB

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Basikal Dilarang Dalam ETS, Tren Antara Bandar - KTMB

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Tambang Percuma 2 Hari Untuk Penumpang KTMB Lembah Klang Sempena Thaipusam - Loke

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kren Tumbang : Perkhidmatan Komuter, ETS Kembali Pulih

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia