web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MBI Tidak Batalkan Operasi Bazar Ramadan - Datuk Bandar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 8:40AM

Datuk Rumaizi Baharin - Gambar dari Majlis Bandaraya Ipoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak akan membatalkan bazar Ramadan di bandar raya itu selagi tidak menerima arahan Kerajaan Negeri.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

“Kami sentiasa patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sekiranya kami menerima arahan untuk membatalkan operasi bazar Ramadan, kami akan ikut arahan.

“Pemantauan (SOP di bazar Ramadan) ke atas pengunjung dan peniaga akan dilakukan bersama-sama dengan pihak berkuasa yang lain,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi Ipohpedia yang disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi semalam.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan lesen perniagaan kepada kira-kira 1,040 peniaga pada tahun ini di 28 lokasi bazar Ramadan di bandar raya ini.

Kelmarin, Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata kerajaan negeri  belum bercadang mengikut langkah Kelantan untuk membatalkan bazar Ramadan walaupun daerah Kinta dan Manjung berada dalam kategori zon merah berikutan peningkatan kes COVID-19.

Saarani berkata perbincangan bersama MKN, Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diadakan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Mengulas mengenai aplikasi Ipohpedia, Nolee Ashilin berkata aplikasi itu diwujudkan sebagai platform untuk menyalur maklumat tentang tarikan, aktiviti, perkhidmatan dan pendokumentasian mengenai 33 bangunan warisan di sekitar bandar raya ini. 

“Ia diwujudkan sebagai platform panduan umum dan muat turun maklumat dalam talian bagi pengunjung yang datang ke bandar raya ini seterusnya membantu mempromosikan pelbagai maklumat mengenai kawasan pelancongan.

“Dengan adanya aplikasi ini nanti, ia menjadi satu laman yang akan menjadi rujukan kepada para pelajar dan penyelidik yang mahu mendapatkan maklumat terperinci mengenai fungsi bandar warisan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Sultan Abdullah, PM Bertembung Di Bazar Ramadan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia