web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Treler Terbabas Rempuh Lori Muatan Siling Kapur

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 6:20PM

Treler berkenaan dipercayai merempuh lori kontena membawa muatan siling kapur itu. - Gambar ihsan Bomba Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah treler merempuh lori kontena membawa muatan siling kapur serta kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas terbabas di KM147.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), pagi tadi.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria bagaimanapun mengesahkan tiada mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut.

Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.59 pagi berhubung kejadian itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kemalangan berpunca daripada treler membawa muatan bijih timah dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur terbabas hingga memasuki laluan bertentangan.

“Treler berkenaan dipercayai merempuh lori kontena membawa muatan siling kapur itu. Kemalangan itu menyebabkan MPV di belakangnya tidak sempat mengelak lalu merempuh belakang lori kontena terbabit,” katanya.

Zulfadli berkata, seorang lelaki dilaporkan cedera akibat rempuhan itu manakala dua lagi disahkan selamat.

“Mangsa yang cedera kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, LPT menerusi satu hantaran di media sosialnya memaklumkan laluan kontra telah dibuka bagi mengelakkan kesesakan berterusan di lokasi kejadian.

“Susulan kemalangan di Km 147.3 arah timur (Chenor-Maran), laluan kontra diaktifkan dari KM145 hingga KM148. Trafik lancar dilokasi,” katanya. - Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan