web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hakim Perbicaraan Kelihatan ‘Terdorong’ Untuk Putuskan Najib Bersalah - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 1:20PM

Najib Tun Razak. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd bagaikan “terdorong” untuk memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah.

Peguam beliau Farhan Read berhujah demikian di hadapan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dalam pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara ke atas beliau berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dua lagi hakim ialah Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

“Kelihatan seolah-olah ada keinginan untuk memutuskan tertuduh bertanggungjawab. Hakim (Mohd Nazlan Mohd Ghazali) terdorong untuk memutuskan tertuduh bersalah,” katanya. 

Farhan berkata undang-undang jenayah bukanlah saluran yang tepat untuk tertuduh dipertanggungjawabkan kerana tertuduh sudah pun dipertanggungjawabkan pada pilihan raya umum yang lepas.

Kata peguam itu lagi dapatan hakim perbicaraan bagi memerintahkan Ahli Parlimen Pekan tersebut membela diri juga sangat prejudis.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh kesalahan membabitkan pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International.

Pendengaran bersambung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia