web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawi Pantau Individu Islam Tidak Hormati Bulan Ramadan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2021 2:52PM

Ahmad Marzuk Shaary - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan tetap menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan Ramadan termasuk makan di tempat awam, sekalipun tiga Willayah Persekutuan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata penguatkuasaan, pemantauan dan operasi akan dibuat pada bila-bila masa.

“Kerja-kerja penguatkuasaan berjalan seperti biasa dan kita juga akan buat operasi berdasarkan aduan yang diterima,” katanya kepada media selepas merasmikan Program Kembara Al-Amin di sini hari ini.

Ahmad Marzuk berkata tindakan turut diambil terhadap premis perniagaan atau restoran yang menjual makanan kepada golongan itu.

Mereka akan diambil tindakan menurut Seksyen 15, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1,000 atau dipenjarakan maksimum enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengenai Program Kembara Al-Amin itu, Ahmad Marzuk berkata program digital yang bermula hari ini hingga 12 Mei depan menampilkan 13 segmen berkonsepkan bual bicara, videografi, peraduan, doa dan zikir, disiarkan melalui media sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Di bawah program itu juga, Jakim melancarkan Skuad Kembara Al-Amin yang akan turun padang menyantuni kumpulan asnaf, B40 dan barisan hadapan sepanjang bulan Ramadan ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia