web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRU-15 Indikator Malaysia Jadi Seperti Sri Lanka, Ketepi Kepentingan Minoriti 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 5:37PM

Lim Kit Siang - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menjadi medan pertempuran dan indikator sama ada Malaysia 'dinobatkan' sebagai negara kleptokrasi serta gagal seperti Sri Lanka atau menjadi negara berbilang kaum bertaraf dunia. 

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, rakyat pada PRU akan datang harus melaksanakan pilihan terbaik dalam memastikan negara dipimpin oleh wakil rakyat yang tidak melakukan salah guna kuasa dan rasuah. 

"Rakyat Malaysia kini perlu memilih, sama ada mahu melihat Malaysia mundur ke masa lampau, menyaksikan Malaysia sebagai negara kedua terkaya di Asia sebelum ini terus ketinggalan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Vietnam,  malah semakin hampir ditinggalkan China, Indonesia, dan India,

“Atau perlu memberanikan diri umembina masa hadapan baharu dengan menetapkan semula dan kembalikan negara kepada prinsip serta dasar asas pembinaan negara yang telah diterapkan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara namun dilupakan pemimpin kerajaan di Malaysia," katanya, hari ini. 

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, perkara itu tidak mudah dilaksanakan landskap negara telah diracuni politik toksik dan perkauman sejak enam dekad lalu. 

"Ia akan muncul menunjukkan sisi terburuknya dalam era maklumat masa kini dengan berita palsu dan fitnah yang diterbitkan sekelip mata namun, keadaannya tidaklah penuh suram dan tanpa harapan.

"Tanggal 23 Ogos 2022 memberikan harapan (bahawa) PRU-15 membawa satu lagi keajaiban politik untuk menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip dan dasar yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, apabila mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dihantar) ke penjara atas kesalahan rasuah,” katanya. 

Perkara itu jelas Kit Siang, membuktikan bahawa pemulihan kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman ini bukanlah hanya khayalan, sebaliknya satu usaha yang sedang berjalan. 

"Rakyat Malaysia kini perlu membuat pilihan untuk mengundi (dan) memilih masa hadapan yang lebih baik, atau kembali kepada masa lampau buruk," katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubar berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas secara langsung bermula jam 3 petang tadi.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong tengah hari semalam dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen Ke-14. 

Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran berkata, tindakan Perdana Menteri itu membuktikan kepentingan minoriti kaum lain jelas dipandang sepi oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO. 

Menurut beliau, UMNO ketika ini hanya mengutamakan kemnangan semata-mata untuk memenangi majoriti bagi membentuk kerajaan BN walau dengan apa cara sekalipun. 

"Pembubaran Parlimen yang hanya dua minggu sebelum Deepavali amat dikesali kerana ia adalah perayaan yang amat penting bagi penganut Hindu. Saya terkejut apabila Perdana Menteri tidak mengambil kira penganut Hindu di negara ini, ketika membuat keputusan tersebut.

"Selain itu, Malaysia dijangkakan menerima hujan lebat akibat musim tengkujuh tidak lama lagi, yang akan menjejaskan kehidupan ramai rakyat Malaysia, menyebabkan mengundi akan menjadi perkara terakhir dalam fikiran mereka," katanya. 

Kula Segaran berkata, pihaknya kecewa kerana Perdana Menteri tidak menyentuh langsung tentang ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang jelas menunjukkan betapa dangkalnya UMNO.

"Mereka tidak menghormati golongan minoriti di negara ini. Walaupun kaum India dikaitkan menjadi pengundi "simpanan tetap", saya berharap semua akan menghukum mereka dan mengundi secara beramai-ramai menentang Barisan Nasional. 

"Dengan keputusan ini, Perdana Menteri telah menggagalkan kempen Keluarga Malaysia beliau, selepas mengenepikan kepentingan golongan minoriti," katanya. - Getaran, 10 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad