web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perubahan Kawasan Mengundi Tanpa Izin Pengundi, SPR Dituntut Beri Penjelasan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 9:43PM

SPR digesa menjelaskan perubahan kawasan mengundi bagi Parlimen dan DUN yang didakwa dilakukan tanpa keizinan pengundi. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan perubahan kawasan mengundi bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang didakwa dilakukan tanpa keizinan pengundi.

Jurucakap Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) berkata, pihaknya menerima beberapa laporan daripada orang ramai bahawa kawasan Parlimen dan DUN untuk mengundi diubah, berbanding seperti ditetapkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas.

“Terdapat dua pemilih di Sabah diubah Parlimen dan DUN mereka. Pada PRU Ke-14 (PRU-14) dan PRN Sabah lepas, mereka mengundi di Parlimen Tawau serta DUN Sri Tanjung, namun mereka mendakwa ia diubah ke Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai.

“Naib Ketua Cabang PKR Batu, Rozan Azen Mat Arip juga mendakwa empat pengundi di cabang mereka ditukarkan ke Parlimen Gombak, Wangsa Maju dan Kepong,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jurucakap BERSIH menegaskan, berdasarkan Seksyen 12A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, sekiranya seseorang pemilih ingin menukar tempat pengundian, mereka harus memohon kepada Pendaftar SPR atau Penolong Pendaftar dengan mengisi Borang A untuk menukar alamat. 

Bagaimanapun, menurut pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO), hasil siasatan pihaknya mendapati, pengundi tidak pernah memohon untuk pertukaran bagi tempat pengundian. 

“BERSIH turut mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Rozan Azen bagi siasatan di bawah Seksyen 282 Kanun Keseksaan.

“Apakah alasan penahanan Rozan Azen apabila beliau hanya membantu pengundi untuk menyemak status dan tempat pengundian mereka?

“Sekiranya wujud penukaran tempat pengundian tanpa kebenaran pengundi, pihak polis sepatutnya menyiasat dalang di sebalik penukaran tersebut dan bukannya menangkap pengadu,” katanya. 

Dalam pada itu, jurucakap BERSIH berkata, pihaknya mendesak agar SPR untuk segera menjelaskan perubahan kawasan berkenaan tanpa keizinan pengundi yang dikenalpasti di situ. 

“Ketidakjelasan dalam proses dan perubahan yang tidak dimaklumkan akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada SPR, malah lebih berbahaya terhadap proses pilihan raya itu sendiri,” katanya. - Getaran, 15 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 6 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Politik 6 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad