web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BN Gabung Dengan PAS, Parti Lain Diputuskan Selepas PRU-15

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2022 1:42PM

Ismail Sabri berkata, keputusan itu perlu dilaksanakan bagi membentuk kerajaan yang stabil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Barisan Nasional (BN) hanya akan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti politik, khususnya PAS bagi membentuk kerajaan campuran jika gabungan itu gagal memperoleh kemenangan majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu perlu dilaksanakan bagi membentuk kerajaan yang stabil demi memastikan kebajikan rakyat dan ekonomi negara akan lebih terjamin.

“Kita tunggu dahulu keputusan (PRU-15), kemudian baharu kita akan lakukan perkara itu. Tak boleh buat andaian terlalu awal sebelum pilihan raya umum.

“Kalau sudah buat keputusan (rakyat sudah mengundi pada PRU-15), barulah ketika itu akan buat apa juga yang terbaik demi negara dan membentuk kerajaan stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Kontraktor Melayu Malaysia Kali Ke-43 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pembahagian kerusi dalam BN bagi menghadapi PRU-15 akan diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, perbincangan mengenai pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedang giat dilakukan dan setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad mengenainya.

“Dulu (bincang pembahagian kerusi) susah sebab parti komponen BN banyak, sekarang ini ada empat iaitu UMNO, MIC, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Jadi, ini lebih mudah untuk perbincangan dan ia masih dalam proses.

“Dalam waktu terdekat pasti kita akan putuskan (perkara itu). Lepas setuju kita akan buat keputusan untuk calon juga dan perkara itu pun tidak lama serta perlu disegerakan kerana akan dilakukan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan wujud UMNO bahagian di negeri tertentu diarah untuk menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15, beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya tegas beliau, ia hanyalah sekadar sokongan bagi menyokong beliau sebagai calon Perdana Menteri sebagaimana diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Kerja UMNO.

“Setiap bahagian (UMNO) bebas untuk membuat sebarang usul dan saya berterima kasih kepada 152 bahagian membuat usul menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri (PM) selepas PRU-15, itu pun berdasarkan keputusan MT UMNO.

“Ia telah diputuskan dan diumumkan oleh Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) semasa Mesyuarat Agung UMNO. Penekanan ini hanya menunjukkan sokongan bahagian terhadap keputusan yang telah dibuat.

“Saya rasa tidak timbul isu ada terima tekanan daripada sesiapa,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 3 bulan yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

4

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad