web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Rasuah RM5,000, Hakim Mahkamah Sesyen Dipenjara 6 Bulan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 4:10PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Seorang bekas Hakim Mahkamah Sesyen dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM25,000 selepas didapati bersalah menerima suapan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM5,000.

Tertuduh, Azmil Muntapha Abas, 48 juga diperintahkan menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Mei 2018 di Maybank Setia Alam 2 di sini, ketika mengendalikan kes jenayah enam tertuduh lain di bawah Subseksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Keenam-enam tertuduh lain itu dikenali sebagai Chin Chee Keong, Yap Swee Ming, Pang Kooi Fook, Yap Chiew Tat, Chin Yat Soong dan Chin See Shak.

Azmil, bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu didapati bersalah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Hakim Rasyihah Ghazali ketika menjatuhkan hukuman berkata, pasukan pembela gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes.

Beliau bagaimanapun membenarkan tertuduh menangguhkan hukuman sehingga notis rayuan difailkan selewat-lewatnya Jumaat dengan ikat jamin mahkamah sebanyak RM12,000.

“Tertuduh sebagai seorang ejen penjawat awam telah memperoleh suatu barang berharga untuk dirinya iaitu wang tunai sebanyak RM5,000 tanpa suatu balasan, yang mana tertuduh ketahui mempunyai hubungan dalam suatu prosiding yang berkaitan dengan dirinya iaitu mengendalikan kes-kes jenayah enam tertuduh yang melakukan kesalahan di bawah Subseksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

“Tertuduh telah menjatuhkan hukuman denda terhadap mereka semua dan dengan itu tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” katanya.

Keenam-enam tertuduh lain itu dikenali sebagai Chin Chee Keong, Yap Swee Ming, Pang Kooi Fook, Yap Chiew Tat, Chin Yat Soong dan Chin See Shak.

Pendakwaan dikendalikan Allan Suman Pillai, Maziah Mohaide dan Mohd Shahrom Idris.

Sepanjang perbicaraan bermula September tahun lalu sehingga Ogos tahun ini, pasukan pendakwa memanggil 24 saksi. – Getaran, 19 Oktober 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki